Daripada LRT dah ada jejantas ...tapi bila pulak Mall ni bertukar nama? HoteL Legend pun dah bertukar jadi Hotel Sunway Putra. |
Expo ini hanya di ruang bawah PWTC. |
Ruang legar agak lengang. Ini adalah pencetak lama berharga RM 100 dibeli pada tahun.... oleh Syarikat apa ntah... |
Ada Anugerah Buku Negara. Di tv terlihat Tun Dr Mahathir menerima anugerah itu. |
Di tempat macam ni memanglah penuh dengan penulis.... Dr Zahazan. |
DR HM Tuah. |
Dapat buku karya Tuan Abdul Latib, Amirah pun terus duduk , tak mahu jalan lagi... |
Di gerai ini, saya menemui 4 buku Bediuzzaman Said Nursi. |
Buku ini dalam bahasa yang saya tidak ketahui.... Tuan Abdul Latib ,pengarang Novel Sejarah tentu lebih memahami. Saya menunggu karya Tuan Latip tentang Bediuzzaman. Tak sabar! |
Saya menemui Sdr Hafiz Hamidun dan membeli CD Zikir Terapi diri. CD ni sangat -sangat mengujakan. Belilah...amat memenangkan.. |
Itulah serba sedikit tentang Expo Buku. Jumpa lagi di Pesta buku antarabangsa tak lama lagi! - Sebarkan salam dan semarakkan amal. |
4 comments:
assalamualaikum kak...
kenapa tulisan di bawah gambar tak boleh baca keluar tulisan petak2...tak dapat hendak menghayati apa ceritanya..
best dok hotel tu. hehehe
salam Ju,
bestnya gi pesta buku, skrg kak tengah baca buku kisah benar 'Anakku Brain Tumour' oleh isyah radhiah idris isteri kpd che amran 'REHAN'
tengok pon teruja, mamaju... tqvm 4 sharing
Post a Comment