Wednesday, January 4, 2012

CERITA YANG SAMA....



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Biasanya tiap minggu saya ke sini.Kadangkala dua kali seminggu. Saya senang dengan suasana tenang, teduh dan kurang gangguan.
Kalau tiba jam 11.30 pagi pun masih boleh berbasikal di sini.
Tenguk air terjun  tu..sungguh menenangkan!
Cerita dulu-dulu, kalau ada pokok Ara selalunya akan dikaitkan dengan kisah pontianak! Kisah tahyul....
Saya suka' mengendap 'di sini.  Pandangan saya terus ke rumah Perdana Menteri. Kediaman  itu juga ada wakaf di gigi air.
Kadang-kala kami  buat regangan di sini.
Sunyi tidak ada gangguan.
Bunga tasbih yang cantik berhampiran Rumah Morocco.

Antara  kawasan berbukit. Yana berjaya menolak basikalnya hingga ke sini...

Bunga lidah kucing di atas bukit.

Cantikkan?



Yana mendahului ...Yana akan merajuk kalau kalah. 

Mendung! 

Jalan masuk berhampiran  water fall.
Pokok kelapa melambai-lambai.

Jom kita ke Taman Botani, Putrajaya.
Masuk percuma.
Sewa basikal   bermula jam 9 pagi.


'......Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati  (mengawasi) kamu'
(Ayat 1 surah an Nisa')

5 comments:

Ayah Zain said...

wah mantap gitu

kaknor tmj said...

salam ju, best dengar deruan air terjun,seolah2 satu terapi menenagkn jiwa

razijohari said...

masya allah...

Unknown said...

SALAM PERKENALAN,
TKASIH SINGGAH KAT BLOG LF .... KITA SALING BERPESAN. LF AKAN DATANG LAGI.

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : jauh la pulak nak ke taman botani tu.. ermmmm (alasan malas exercise haha..)