Thursday, January 5, 2012

MERINGUE/ COKLAT FONDUE/ LEBAH

11Safar 1433/ 5hb Januari 2012
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Aisyah ra meriwayatkan maksudnya 'Rasulullah saw menyukai manis-manisan dan madu'
(riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan ibnu Majah)
Ini ialah meringue yang saya hasilkan. Dah 7, 8 kali mungkin membuatnya. Tapi  belum dapat lagi yang sempurna.
Peserta Masterchef Msia malam tadi menggunakan meringue sebagai topping pencuci mulut mereka.Putih gebu, ia tidak dibakar ..
 Saya suka meringue yang dibakar untuk dimakan begitu sahaja.  Rasanya rangup dan melompat-lompat di mulut.... (hehe macam kata juri Mastercheff...)
Rupa berbeza-beza...
Bahan asas, dua biji putih telur dipukul  laju hingga berbuih.
Masukkan setengah cawan gula halus. Pukul laju hingga likat
Masukkan bahan dalam plastik dan paipkan. Bakar dalam oven .



Alat ini di namakan coklat fountain. Saya melihatnya di Sogo dan Alamanda.
Mereka menyediakan strawberry yang dicucuk pada lidi dan dijual RM 4 sebatang. Sapukan strawbbery tadi di coklat fondue tu. Heem...
Saya tertarik sangat! Mereka kata alat ini boleh di sewa RM 50 sehari.
Di The Curve alat ini dijual dengan agak mahal, mereka menyewakan juga alat ini.
(bukan dalam kedai The Curve , kat gerai luar.) 

Top-top terjumpa Fountain ini di kedai bakery di Presint  9 Putrajaya.
Sewa sehari RM 25!
Harga RM 280!
-
Alkisahnya Fountain ini tiada stok lagi di bakery tu. Tuanpunya ,Datin  R   memberitahu alat ini ada dijual di Pasar Borong Selangor, kedai peralatan dapur.
Ya Allah, rupanya ia dijual di kedai sebelah rumah sahaja.....
Saya membeli dengan harga RM 260.

Isikan coklat dan panaskan. Tekan 'fountain' akan mengalirlah coklat-coklat itu.
Sedia untuk disapu kepada buah-buahan atau apa sahaja.
Ayah merasa coklat dengan meringue!(sebenarnya tak sesuai tu manis dengan manis!)
Beli coklat khas dari kedai bakery.

Sarang lebah. Ia mengingatkan masa kecil saya. Rumah saya adalah rumah batu separuh dan papan di bahagian atasnya. Papan tadi dilapik lagi dengan papan lapis. Nak di jadikan cerita lebah bersarang di situ. Tempat lebah bersarang tu betul-betul di bilik saya. Bertahun-tahun saya tidur dengan mendengar kemerduan suara lebah...dan yang manisnya bila bapa mengambil sarang lebah tersebut..  Banyak dan penuh dengan madu!  Rasanya tersangatlah sedap! Menghisap sambil mengunyah kotak-kotak lilin itu.Kalau lambat mengambilnya akan terlihat anak-anak lebah  yang masih putih di kotak-kotak tu..
Baru-baru ini saya terjumpa sarang lebah bermadu. Di jual dalam kotak plastik dengan harga RM 28.
Itu saja yang paling murah.(yang lain dalam botol)
Sesiapa teringin boleh ke Central Market, ada kedai menjual berbagai madu. Madu daripada lebah yang dipelihara.

-Aisyah ra meriwayatkan 'Minuman yang  paling disukai Rasulullah saw adalah minuman yang manis dan dingin'
(Riwayat Tirmiza, Ahmad, Hakim dan Abu Syaikh)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.



5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

sekarang payah nak cari madu yg betul2 kannnn

afeezz said...

assalamualaikum mama : ermmm tak pernah rasa maringue, tak pernah rasa coklat fondue...

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Cg sukalah aktiviti berbasikal famili Ju tu. Berkenan juga pada basikal lipat. Mujur Ju tak tertendang dinding 'rumah' lebah!

Unknown said...

Salam mama Ju..wah kamu dah beli gak ek ..mahal gak harga tu.

tak sempat nak gi sentosa island tu..insyallah ada rezeki dan umur nak gi gak ke sana.

nanti baca lagi N3 pasal kat USS yer

basikal lipat tu mahal tak?

Unknown said...

SALAM,
BOLEH DIPANGGIL CHEF! TENGOK GAMBAR, BEST2 JE. Salam LF kepada ayahanda tu.

p/s. LF ada hantar email. Lain kali, singgah.