Monday, January 9, 2012

MOGA UST IMAM & UST YAHYA CEPAT SEMBUH!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kami baru dapat tahu Ustaz Imam Supaat bin Abd Rahman sakit. Kami ke rumahnya di seksyen 1, Bangi.
Ustaz mengalami ketumbuhan di kepala. Pembedahan dan radioterapi telah dijalankan.
Rupa-rupanya telah empat bulan ustaz berkeadaan begitu.Sebenarnya kami dah kenal lama, sejak ustaz bertugas di MPI lagi.

Ketika saya dan suami sampai, isterinya baru menyiapkan ustaz untuk sembahyang. Pertemuan penuh dengan syahdu, ustaz menangis menahan sebak. Mungkin dia berkata-kata..tapi kami tak dengar....
Dia memegang2 tangan suami, dia juga cuba berbisik dengan isteri...isterinya memahami dia mahu saya duduk di kerusi...Dia cuba mengangkat-angkat tangan dan memandang-mandang kami...

Selepas bersara daripada jawatan pensyarah Pengajian Islam di MPI beliau bertugas sebagai imam di Bangi.
Satu pagi di hari raya keenam tahun lepas ustaz jatuh selepas sembahyang. Ustaz dibawa ke hospital.Bermula dari situ baru diketahui beliau mengalami ketumbuhan.

-

Kami juga baru dapat tahu Ustaz Yahya Md Razi mengalami stroke.Beliau juga tinggal di Bangi. Kami diberitahu beliau tinggal di Sekyen 3. Kami cuba cari tapi tak berjumpa. Insyallah esuk kami hubungi KUIS.

-
Doakan moga kedua-dua ustaz ini sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.Amin.
Allah rahmatkan mereka berdua.


6 comments:

che mid said...

Insyaallah Allah permudahkan segala urusan perubatan dan kesembuhan serta ahli keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

luahfikiran ... mari kita said...

SALAM,
LF KENAL KEDUA2 MEREKA INI TERUTAMANYA USTAZ YAHYA YG TINGGAL SATU KAWASAN (SEKSYEN 3). MENDOAKAN MOGA KESIHATAN MEREKA BERDUA BERTAMBAH BAIK. AMIN

kaknor tmj said...

salam ju,

Ya Allah Ya Rabb, sembuhkanlah penyakit ust Safaat n ust Yahaya, ringankan penderitaan yg ditanggung mereka dan berikan mereka kesabaran dlm mhadapi musibah ini, ameen...

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Ju,
Saya masih ingat lagi Ustaz Imam Sufaat dan Ustaz Yahya. Semoga Allah meringankan penderitaan mereka dan dipermudahkan segala urusan.

KAMATO said...

Moga disembuhkan penyakit mereka segera, saya kenal sangat imam Supaat ni

Dr Adnan Yusopp said...

Alhamdulillah! saya perhatikan keadaan kesihatan mereka berdua semakin baik. Ya Syafi, ya Rahman, ya Rahim perkenankanlah hajat mereka dan hajat kami!