Wednesday, January 4, 2012

MAKA BERTEBARANLAH MENUNTUT ILMU....

10 Safar 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya ' Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib bagi tiap-tiap orang islam'(Ibnu Majah)

 Anak-anak semuanya sudah berada di asrama, Masing-masing memulakan persekolahan/ kuliah.
Moga Farah Nabihah, Mohd Nabil, Fatimah Ulfah dan Amirah Madihah belajar bersungguh-sungguh . Niat  menuntut ilmu kerana Allah.
Tinggal mama dan abah berdua di rumah.
Eeh ayah dan makcik adalah....
Tiba-tiba terkenangkan emak. Maaf emak kerana tidak bersama-sama emak di kampung.
Emak  kerap juga ke sini, tapi  dua minggu tu dah paling lamalah.
Di kampung emak ada berbagai aktiviti  baik dengan jemaah wanita atau kemasyarakatan.
Moga emak bahagia.
Doakan kami juga bahagia dunia akhirat.
Insyallah kami akan selalu pulang ke kampung.

'Dn (ingatlah) Allah yang menghidupkan dan mematikan dan Allah sentiasa melihat akan segala yang  kamu lakukan.
(Ayat 156 Surah  A-Li Imraan)

7-8 pagi Tanyalah Ustaz di tv9 pagi ini dengan tajuk 'Mati Syahid Bhg 1'



-
.

Assalammulaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Maafkan saya.


1 comment:

afeezz said...

assalamualaikum mama : semoga anak2 mama berjaya dalam hidup masing2. insyaAllah