Monday, January 2, 2012

RAI YAH DI RESTORAN SABA' CYBERJAYA

Safar 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Firman Allah yang maksudnya 'Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas'
(Ayat 31, surah Al A'raf)



Hujung minggu kami sekeluarga meraikan Amirah Madihah di Restoran Saba' Cyberjaya.
Restoran ini amat terkenal di blog-blog makanan.
Ianya terletak di CBD Perdana, Cyberjaya. 
Restoran ini menyediakan hidangan Arab.
Kami harap Amirah suka.
Amirah memesan kebab, entah apa namanya..hehe cuma ingat harganya RM 17.
Klik http://kucingorengemok.blogspot.com/2009/09/kabsah-saba.html
Paling atas nasi Mandy, Falafel (sedap juga rasa kacang dal, kebab dan nasi  Kabsa.
Kami juga memesan nasi Hanith ayam.
Nasinya lembut, beras panjang-panjang. Ayam sangat lembut kerana dikukus dahulu.. Kuis-kuis aja dah terlerai!

Cuba baca pasal Saba' di kucingorengemok  http://kucingorengemok.blogspot.com/2009/04/saba.html

Seronoknya En Adnan bercerita ...
Tunjuk-tunjuk je nak makan apa...

Kan dah habis.....tapi cili hijau tu untuk hiasan ke?
(dapat jawapan dah, drp Awanis , menurutnya cili tu  untuk ulam )

Harga..Alhamdulillah.
Rasa.. Alhamdulillah. (...walaupun taklah sedap sangat..)

Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju sekeluarga, semoga kita sentiasa dirahmati Allah.
Makan2 ni kira mrarakan Cik Yah kr cemerlang PMR ya! kak pernah mkn masakan Arab di Rukhsyah(harap ejaannya betul) dan 1 kedai Org Lebanon di Ampang. kak hanya boleh bg 4/10 je sbb nasinya 'kering' kak tak suka, tp anak kak mir kata mknn kat SABA lg sedap dr RUKHSYAH

Anonymous said...

salam makcik jue,menarik btl post yg satu ni..sbb ada makanan favourite en hafiz :) nka sentuh sedikit ttg cili hijau yg mjadi tnda tnya cik jue,selalunya cili hijau tu dimakan sbg ulam,utk beri rasa pedas,dan freshness pada makanan arab yg kebanyakkannya agak muak.. :)

~awanis supian~

razijohari said...

ALHAMDULILLAH.....

afeezz said...

assalamualaikum mama : ermm... nak gak lah rasa makanan arab.. tak pernah rasa pon sebelum ni...