Tuesday, November 29, 2011

SUAMIKU SEORANG PEKEBUN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Firman Allah yang maksudnya "Kalau kamu zahirkan sedekah2 itu (secara terang)maka yang demikian adalah baik(kerana menjadi contah yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah2 itu serta kamu berikan kepada orang2 fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu:dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan2 kamu. Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui secara mendalam apa yang kamu lakukan"
Surah Al Baqarah ayat 271)
Alhamdulillah. Tahniah untuk Sdr Wahidan seorang Pekebun dan Sdr  Saiful (bawah) seorang Penorah getah
yang berani mencabar diri dalam Masterchef Malaysia.
Hebatlah, kedua-duanya boleh memasak makanan barat.
 Hehe suami saya juga seorang pekebun .  Macam-macam suami saya tanam. Atas tu pokok ubi kentang.  Inilah pertama kali  saya melihat pokok ini. Benih dari dapur!
Pokok kacang panjang. Kami buat ulam
Cekur pemberian mak.
Kacang botol(?) Ini pun buat ulam.
Bawang yang tumbuh dari simpanan didapur, di manfaatkan di sini.
Pokok labu ni paling lama hayatnya. Terimakasih kepada Sdr San Nian dari Mardi atas petua-petua.

Nak tahu apa lagi yang suami saya tanam?

Dua batang pokok kelapa (kami dah guna daunnya untuk buat ketupat!)
Empat batang pokok pisang.(kami dan monyet dah makan buahnya)
Dua ciku mega dan ciku subang.(buahnya sangat manis, beli di Mardi)
Jambu batu, Markisa, kedondong, durian belanda, longan, mangga, cili, limau .....

Hehe cukuplah sekadarnya dan sesuai dengan tanah rumah kami yang sekangkang kera ini.

Assalammualaikum.
"Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkan kesalahan kami serta ampunkanlah kesalahan kami  dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaun yang kafir"
Surah Al Baqarah ayat 286

Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta al Quran.

3 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama : ayah saya dulu pon suke tanam pokok2 ni. ingat lagi ayah tanam jagung keliling umah, puas makan jagung masa tuh

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum mama ju...

Pekebun di bandar tak sama pekebun di kampung mama ju... Sepokok di bandar amat bererti nilainya....

shami2 said...

Salam mamaju

Saya pun suka berkebun...seronok tgok kawan2 menunjukkan hasil tanaman kebun masing2