Wednesday, November 30, 2011

BBQ RESEPI CIK TIMAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Firman Allah yang maksudnya "Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah yang Engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al Quran serta ia takut Al Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah. Oleh itu berikanlah berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia."
(Surah Yassin ayat 11)

Cuti sekolah. Macam-macam projek masak yang anak-anak nak buat.
Kemarin Fatimah Ulfa dan Farah Nabihah nak buat BBQ ayam dan Farah dengan ketupat sotong.
Wah, sakan mereka berbelanja. Mama tenguk je....

Resepi BBQ seperti  yang dibuat di sekolah. Mama tenguk dan tak komen  pun. Buatlah...

Ayam
Serbuk kari
serai
jintan
lada hitam
sos lada hitam
bawang putih
cili boh, cili padi
sunquick
halia
garam,gula

Semua bahan dicampur dan perap seketika.
Wah mewah betul!

"Sedap tapi pedas sikit" Sejak tenguk Masterchef Malaysia  Maisarah pandai  komen masakan.
Ini air rekaan Fatimah.
Ais, Milo, Oreo kisar. Tuang dalam gelas, letak di atasnya icekrim dan oreo.
Heem...mestilah sedap.

Alhamdulillah.


Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta al Quran.

"Wahai Tuhan kami, Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisimu, sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya."
Ayat  8 surah A-Li' Imran

1 comment:

kaknor said...

salam, sedap nampak, gitulah bila anak2 dah besar, rajin mcuba resepi (girl) , anak lelaki selalunya harapkn ibu utk mmulakn event