Sunday, November 27, 2011

JENGUKLAH AKU....



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Firman Allah yang maksudnya 'Dan kami WAJIBKAN berbuat baik kepada kedua ibubapanya: ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang dalam tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh (30) bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat umur empat puluh tahun(40), berdoalah ia dengan berkata : Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redai: dan jadikanlah
sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya dari orang2 islam (yang tunduk patuh kepadamu)
SURAH AL AHQAAF AYAT 15)

Assalammualaikum. Salam Maal Hijrah aku ucapkan kepada anak, cucu dan cicitku.
Bertambah setahun usiaku.
Alhamdulillah 95 tahun aku hidup di dunia ini.
Seusiaku apalah sangat yang boleh kulakukan. Namun alhamdulillah.

Ada berita daripada kementerian mana ntah mengatakan 500,000 ibubapa dilupakan  anak-anak.
 Mereka tidak diberi nafkah dan dibiar hidup sendiri.
ya ke?
Ada aku kisah? Aku ada pencen....aku ada tukang masak, tukang mandikan aku,
tukang iring(hehe isteriku)
Alhamdulillah.

Aku mudah tertidur. Dulu2 aku ada jugak online dengan anak2ku. Aku rindukan suasana itu....
Ada baca tulisan Mawardah?
Terus terang dia meminta anak-anak saudaranya menziarahi/menjaga ibunya yang terlantar sakit di kampung.
Ibunya hanya dijaga oleh orang luar. Anak-anak hanya datang beberapa kali, itupun lagak seperti tetamu di rumah sendiri.
Aku harap anak-anak cucuku tidak seperti itu.

Aku dengar 3/12/11 ini cucuku si akiterk lanskap tu nak berkahwin. Tahniah kerana dapat seorang doktor.
Aku juga ucapkan tahniah kepada cucuku Dr Nabilah dan Pn  Norhanani kerana memberiku cicit.
Aku harap aku berpeluang menemui orang-orang baru ini.

Jangan lupa Jenguklah Aku!

Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

che mid said...

Semoga Allah melindungi kita dari kesepian dan keseorangan di hari tua nanti. Salam maal hijrah mama..

nor asiah hashim said...

salam ju, bahgianya bapa mertua ju dilayan oleh isteri, anak menantu n cucu2, xsepilah beliau menjalani sisa2 usianya. syukur kpd Allah yg mengurniakn beliau anak menantu n cucu2 yg beriman

Imran Paris said...

Salam....sebak baca n3 ni, simple tp itulah kenyataan skrg. :'-(

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Salam Mama Ju.. sorry dah lama tak jenguk Mama kat sini, ni MM dah balik M'sia boleh la blogwalking besar2an. :D

Tentang sikap anak yg lupakan org tua tu..MM rasa pendidikan awal itu penting, mudah2an anak2 kita tak macam tu kan Mama.. amin.

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : ermm... org tua kita jangan dilupa... kalau dilupe kelak kite juga akan mendapat nasib yang sama kan....