Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Firman Allah yang maksudnya "(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan-keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran. Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu.(pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata, "Hari ini ialah hari yang sangat-sangat sukar!"
(Surah Al Qamar ayat 7 & 8)
|
Alhamdulillah, Puan Norhanani Emran (anak saudara suami) telahpun melahirkan seorang puteri. Tahniah !
Dengarnya diberi nama Nor syafiqah.
Cantik dan comel orangnya. |
|
Wah, cik abang bergaya sama. |
|
Moga Nur Syafiqah jadi anak yang soleh. Anak yang mengembirakan kedua ibubapa juga Tok ma.
Gambar potrait yang dilukis ibunya semasa beliau remaja. Saya dapat meneka gambar itu gambar ibunya sewaktu kecil.
(sinar matanya....)Mungkin Nursyafiqah pun macam ibunya... |
|
Bertambahlah cicit Tok Ayah.
"Bilalah cicit nak datang ni....
Lenguh aku tunggu anak, cucu datang...."
Raya haji ni datanglah, ayah tinggal berdua dan seorang cucu di bandar ni.
Datanglah bawa makanan kelantan!
Heemm...
"Aku telah dilantik menjadi khalifah kepada kamu sedangkan aku bukanlah yan g terbaik antara kamu. Aku tidak pernah meminta kedudukan ini maupun tersimpan pada hatiku untuk mendapatkannya sebagai pilihan utama daripada orang lain. Jika aku berlaku benar,kamu mesti membantu dan mematuhiku dan jika aku menyesatkan, perbetulkan aku. Patuhi aku selagi aku mematuhi Allah dan pesuruhnya. Jika aku mengingkari maka tidak perlu mematuhi aku"
(Syaidina Abu Bakar Al Siddiq)
Khalifah Amirul Mukminin Pertama
Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
|
2 comments:
Tahniah kpd seisi keluarga.
alhamdulillah... panjang umor tok ayah smpi dpt timang cicit...
Post a Comment