Friday, November 4, 2011

CABARAN BERBASIKAL

(Baju Nabil..hehe Radik pun taja  "Bagi kopi secawan!'
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Anas bin Malik meriwayatkan, maksudnya "Cincin Rasulullah saw terbuat daripada perak.Sedangkan mata cincin baginda adalah daripada batu hitam Habsyi"

Anas bin Malik meriwayatkan maksudnya "Rasulullah saw mengenakan cincin di jari kanan baginda"
(Riwayat Tirmizi, Nasai dan Abu Syaikh)
Alhamdullilah, saya dan suami   berbasikal tiga kali seminggu.
Berbasikal pada hari-hari kerja, jadi tak ada siapa nak kacau...
Masa? hehe  setakat ini cuma 45- 1 jam.
Lainlah Nabil. Ini masa latihan dengan 'dropbalak' di Teluk Cempedak. Tenguk tu habis seluar berlumpur- jatuh!
Prop kami.....
Semuanya suka basikal.....

Insyaallah kami akan terus berbasikal.

Firman Allah maksudnya "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada  Allah dantetaaplah beriman kepada Rasulnya(Muhamad) supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian daripada rahmatnya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya.(Pada hari kiamat kelak) serta diampunkannya dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.
(Surah Al Hadid ayat 28)

Assalamualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum mama ju

Kakak tak pandai naik basikal. Jelesnya mama boleh berbasikal sampai sejam. Riadah yg sihat tu:)

Baca yg terlepas, bila ayah jadi Moyang mama dah jadi nenek. Kakak pun dah jadi nenek juga tau...hihi

ainhany said...

salam mama,

amboi nie yang buat anakanda jeles nie..mama dah beriadah sakan ni..makin sihat makin awetmuda.

Tahniah Nabil...pro gitu.
Hati2 ye..bnyk tunggul tu..

Selamat berbasikal..:)

afeezz said...

assalamualaikum mama : best aktiviti berbasikal ni. nak join bole? hehehe