Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Daripada Abi Hurairah, telah berkata Nabi saw yang maksudnya "Apabila manusia membaca surah Sajdah, kemudian ia sujud, menghindarkan syaitan dan menangis ia serta berkata : Hai celaka! Anak Adam( manusia)
disuruh sujud, lantas ia sujud, maka baginya syurga dan aku disuruh sujud tetapi aku enggan, maka bagiku neraka"
(Riwayat Muslim)
|
Kadang-kadang ketika ke tandas masjid atau ke surau di kampung hati berbisik " Kenapalah tandas ni kotor...."
- Ketika saya menyaksikan Sdr Hashnoel Murshim Hashim di rancangan Sentuhan Kalbu TV 9 baru saya tersedar..... "Oh, saya sepatutnya tolong membersihkan tandas yang kotor itu!" Saya terbayang tandas di kampung saya..... Saya hanya berbisik komen tapi tak buat apa-apa!
Sdr Hashnoel seorang ahli perniagaan. Sesuatu telah menyedarkan beliau...... Bermula daripada jam 5/ 5.30 pagi beliau bersama-sama pemandunya akan membersihkan tandas / bahagian dalam masjid. Pemandunya masuk kerja jam 5.30 pagi!
Moga, mana yang terdaya boleh kita amalkan.
Puji-pujian bagi Allah yang menjadikan hari ini eluk, dinaikkan matahari dari tempatnya. Hai Tuhan, berikanlah kepadaku kebaikan hari ini, dan jauhkanlah aku dari keburukannya, hai Tuhan, bercahayalah hatiku dengan cahaya petunjukmu sebagaimana Kamu terangkan bumi dengan cahaya mataharimu selama-lamanya dengan rahmatmu, hai Tuhan yang paling Pemurah (Doa sembahyang Isyraq)
Assalammualaikum. Sebarkan salam dan semarakkan amal.
|
8 comments:
Salam.... manusia yg mencuci tandas adalah manusia mulia krn menyenangkan dan mengembirakan org lain....juga terapi diri supaya tawadhuk dan kenal diri.... jgn lupa hulurkan hadiah kpd pencuci tandas di R&R dll....nasihat Dr Muhaya!!!
Saya juga kontraktor pencuci tandas sekolah/kolej sejak 2004-2011..... moga Allah swt terima khidmat saya... Doakan dapat kontrak lagi tahun depan....Ameen!!!!
sepatutnya tandas masjid juga dikontrakkan. Mana larat pak siak nak cuci. Duit masjid pun banyak.
Wallahuaklam
Assalammualaikum
Moga Sdr Rai terus berjaya dan gemilang.
Kepda YB, memang cantiklah tandas masjid dikontrakkan.. sentiasa bersih dan berbau harum sepanjang..
Assalamualaikum Mama Ju
saya rasa belum mampu buat macam tu...
Tapi...Insyaallah
Wassalam
kenapa tandas masjid begitu kotor sedangkan penggunanya rata2 umat Islam yg menitik beratkan kebersihan? hmmmm ... :(
Mulianya hati Puan itu. Betul jugak Mama Ju.. nk cari org derma duit pd mesjid memang ramai...tp nk cari yg mulia hati menawarkan perkhidmatan sukarela spt ini mmg jarang2.
Assalammualaikum Atuk, Acik dan MM.
Terimakasih.Sama-samalah kita fikirkan.Mulia hati org tu, di luar sana org yg berhati mulia mcm tok siak dll amatlah dihargai.
Post a Comment