Tuesday, October 18, 2011

LAGI HALFEST

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Daripada Ibn Abbas ra berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda maksudnya :Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksa atas mereka.
(riwayat Ibn Majah. Baihagi dan Al Tabarani)
Ahad 16/10/11.hari akhir HALFEST . Adik saya Ustaz Jamiludin   sekeluarga datang dari Kluang, Johor.
untuk sama-sama memeriahkan pesta ini.
Gerai ni cantik. ada chef lagi....lepas tu beri makanan pun tak lokek...sedap lagi.
Hehe ada gerai yang memberi contoh makanan sebesar  kuku jari kelingking! (kalau coklat dan manisan tu oklah...)
Ada yang bila kita tanya...itu kami jual.....patutnya masa nilah dia promote habis-habisan barang keluaran dia....
Saya bertemu dengan cucu Sultan Pahang. Gambar ini saya ambil denga izin  ..
Saya bertemu lagi dengan bos kolej masak Chef Zam. Kali ni sempat bertegur sapa.
Ini bos coklat , beroperasi di Pandan Indah. Coklatnya di bungkus cantik, sama seperti  coklat berjemana  terkenal.
Ada di jual di Tesco.
Saya dapati ramai pengusaha melayu memasarkan coklat.
Saya meminta Sdr Mazidul bergambar dengan emak.  Beliau kata 'malu saya, saya bukan artis....'

Sdr Munif dan isteri . Saya membeli apple blossom di sini. Baunya ok...


Itulah serba sedikit coratcoret di HALFEST.

Komen.

Saya rasa tak perlulah penjual kain, gelang, tudung , buku  ada di pesta ini.
Tumpukan kepada barangan Halal sahaja.


Ketelusan harga barang. Hari pertama saya bertanya harga songket termahal  RM 7500.
Hari ni bila adik saya bertanya (saya yang suruh) Rm 12,000!

ITULAH......


Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

2 comments:

che mid said...

Salam, seronok tengok emak masih larat berjalan di tempat sesak macam tu kan. Jadi selebriti pulak tu, sportingnya...

Kakzakie Purvit said...

Salam mama ju.. kakak rasa yg jual kain dan bagai tu bukan sebab halal tapi nak cari duit lebih. Wah mak bergambar dgn Mazidur... glamerlah mak:) Lama juga mak kat sana ye dah tak nak balik Johor hihi...