Tuesday, October 18, 2011

MANDI WAJIB.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Daripada Abi Sa'id Al Khudri ra berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda maksudnya "Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak sanggup maka dengan lisannya dan jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman."

Masih dengan rancangan '30 minit bersama  ustaz Don'
Ustaz mengajar perkara-perkara asas seperti rukun iman, rukun islam , membaca Fatihah dll
Rancangan ini dibuat  secara interaktif.
Kemarin Ustaz  mengajar pasal  Taharah bab mandi wajib.

Ustaz Don mengajar dengan jelas sekali. Bab yang tersorok pun  diberitahu.
 
Jom kita mengulang kembali bab Taharah ni.
Siapa yang wajib mandi wajib
1. Berjimak.
2.Keluar mani
3.Mati
4. Haid
5. Nifas
6.Bersalin /wiladah

Rukun mandi
1. Niat (kena air baru niat)
2. Meratakan air. (pastikan tidak ada benda-benda  tak serap air seperti cat dll,) bagaimana dengan  rambut yang di  dye?..bukankah ia tidak serap air. (itu saya yang kata.)
Pastikan DUDUK  ketika mahu membasuh bahagian sulit . Ustaz kata kalau berdiri  , ada bahagian sulit  belakang yang tidak terbuka..( Ustaz tunjukkan contoh dengan menggenggam tangan..)

Jom, jangan lupa saksikan Ustaz Don di TV Hijrah 114 jam 10.30 malam tiap Isnin, Selasa dan Rabu.

Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum Mama Ju..

MM dah takut nak dye rambut guna kaler2 yg jual kt kedai tu sejak call Pejabat Agama Johor dan tanyakan pendapat mereka. Kalau inai2 kampung atau Mekah tu ok la, diorg kata.. sbb benda tu bukan menutupi (menyalut) rambut..

Tp kena tunggu beruban penuh baru bleh guna inai kg..klu tak, tak menjadi (tak bertukar blonde).

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

kalau banyak rancangan macam ni
banyak masaalah telah lama selesai

Wassalam

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info dan berpesan-pesan.

Saya juga suka ceramah Ustaz Azhar Idrus...

rezeki said...

Salam MJ

mmg bagus program sebegini

sekrg ramai anak2 muda yg kurang pengetahuan agama dah ambil ringan bab2 ni hingga ramai juga yg tak tahu niat mandi wajib ni , mcmmanalah boleh jadi begini

akhirnya dah beranak pinak , tak pernah mandi junub pun ada

moga Allah memberikan taufik dan hidayah pada mereka