Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Abi Sa'id Al Khudri ra berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda maksudnya "Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak sanggup maka dengan lisannya dan jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman."
|
Masih dengan rancangan '30 minit bersama ustaz Don' Ustaz mengajar perkara-perkara asas seperti rukun iman, rukun islam , membaca Fatihah dll Rancangan ini dibuat secara interaktif. Kemarin Ustaz mengajar pasal Taharah bab mandi wajib.
Ustaz Don mengajar dengan jelas sekali. Bab yang tersorok pun diberitahu. Jom kita mengulang kembali bab Taharah ni. Siapa yang wajib mandi wajib 1. Berjimak. 2.Keluar mani 3.Mati 4. Haid 5. Nifas 6.Bersalin /wiladah
Rukun mandi 1. Niat (kena air baru niat) 2. Meratakan air. (pastikan tidak ada benda-benda tak serap air seperti cat dll,) bagaimana dengan rambut yang di dye?..bukankah ia tidak serap air. (itu saya yang kata.) Pastikan DUDUK ketika mahu membasuh bahagian sulit . Ustaz kata kalau berdiri , ada bahagian sulit belakang yang tidak terbuka..( Ustaz tunjukkan contoh dengan menggenggam tangan..)
Jom, jangan lupa saksikan Ustaz Don di TV Hijrah 114 jam 10.30 malam tiap Isnin, Selasa dan Rabu.
Assalammualaikum. Sebarkan salam dan semarakkan amal. |
4 comments:
Assalamualaikum Mama Ju..
MM dah takut nak dye rambut guna kaler2 yg jual kt kedai tu sejak call Pejabat Agama Johor dan tanyakan pendapat mereka. Kalau inai2 kampung atau Mekah tu ok la, diorg kata.. sbb benda tu bukan menutupi (menyalut) rambut..
Tp kena tunggu beruban penuh baru bleh guna inai kg..klu tak, tak menjadi (tak bertukar blonde).
Assalamualaikum Mama Ju
kalau banyak rancangan macam ni
banyak masaalah telah lama selesai
Wassalam
Terimakasih berkongsi info dan berpesan-pesan.
Saya juga suka ceramah Ustaz Azhar Idrus...
Salam MJ
mmg bagus program sebegini
sekrg ramai anak2 muda yg kurang pengetahuan agama dah ambil ringan bab2 ni hingga ramai juga yg tak tahu niat mandi wajib ni , mcmmanalah boleh jadi begini
akhirnya dah beranak pinak , tak pernah mandi junub pun ada
moga Allah memberikan taufik dan hidayah pada mereka
Post a Comment