Sunday, October 16, 2011

NUR KASIH KHADIJAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aisyah ra meriwayatkan maksudnya "Rasulullah saw bukanlah orang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Baginda tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Baginda tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan, baginda selalu memaafkan dan bersikap lapang dada"
(Riwayat Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad)
16/10/11
Assalammualaikum.....Alhamdulillah, aku telah selamat dilahirkan pada  Jumaat malam 14/10/11 jam 11 lebih.  Umurku sekarang 30 jam.. Dengar cerita aku agak payah nak dilahirkan. Hari selasa 11/10/11 lagi ibuku telah dimasukkan ke hospital. Hari Rabu ibuku di 'induse'. Hari Khamis esuknya tak de tanda aku nak keluar. Hari Jumaat pagi ibu rasa sakit-sakit dan dimasukkan ke 'labour room'.
Sehingga ke malam aku masih berdegil (kabarnya ibuku dah bersiap dengan epidural)...akhirnya doktor membuat keputusan aku mesti dikeluarkan melalui pembedahan.
Terimakasih kepada ibu ayah yang bersusah payah dan bersengkang mata kerana  aku.

Itulah, aku dengar-dengar mereka nak namakan aku NUR KASIH KHADIJAH BINTI MOHD AMIN

Ini kakakku. Aku tau nama dia NUR MAISARAH LIYANA. Dia yang tergila-gilakan aku.
Dia teringin sangat ibu melahirkan anak perempuan.
Kita satu genglah....
Ini abangku. Nama dia Ariff Fanaf . Aku dengar dia ni ganas sikit. He takutlah aku. Tengok tu aku bimbang  kalau dia  cucuk  hidungku.
Ini Puan Jamilah. Ini nenek ku sebelah  bapa.
Aah sedapnya tidur di sini.....rasanya aku nak ikut nenek balik kampunglah...

Ok nanti kita jumpa lagi ya...

Assalamualaikum
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

10 comments:

Anonymous said...

Anak sapa ni kak jun

jari | jemari said...

ni anak adik mama ju :)


mama: comeyyy! kelakar la. lahir-lahir terus pandai tulis blog!

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Nur Kasih...bloger termuda...he he

Wassalam

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : nakal budak ni kot. syok sgt duduk dlm perut, tu yg taknak kuar... hehhehe

azieazah said...

Tahniah!

Selamat menimang cahayamata/cucu/cucu sedara...

Anonymous said...

Salam Nur Kasih Khadijah....

Howdy??? Ni Uncle Razi... See u than!!!!

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum mMam Ju,

Syukur alhamdulillah menanti dgn kepayahan tak nak ikut pintu dia nak keluar ikut tingkap. Moga ibunya bertambah sihat. Montel sangat:)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Cutenyaa... congrats. Anak sedara Mama Ju ke?

Anonymous said...

Alhamdulliah .... NUR KASIH KADIJAH SELAMAT LAHIR KEDUNIA Yg penuh Chabaran .... Nenek Nora berdo'a agar menjadi Anak yg Soleha hormat kepada ibu dan bapa .... Selamat Dunia Dan Akhirat .... Ameen ameen Ya Allah

NORASIKIN ISHAK said...

Alhamdulliah .... NUR KASIH KADIJAH SELAMAT LAHIR KEDUNIA Yg penuh Chabaran .... Nenek Nora berdo'a agar menjadi Anak yg Soleha hormat kepada ibu dan bapa .... Selamat Dunia Dan Akhirat .... Ameen ameen Ya Allah