Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Aisyah ra meriwayatkan maksudnya "Rasulullah saw bukanlah orang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Baginda tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Baginda tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan, baginda selalu memaafkan dan bersikap lapang dada"
(Riwayat Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad)
16/10/11
|
Assalammualaikum.....Alhamdulillah, aku telah selamat dilahirkan pada Jumaat malam 14/10/11 jam 11 lebih. Umurku sekarang 30 jam.. Dengar cerita aku agak payah nak dilahirkan. Hari selasa 11/10/11 lagi ibuku telah dimasukkan ke hospital. Hari Rabu ibuku di 'induse'. Hari Khamis esuknya tak de tanda aku nak keluar. Hari Jumaat pagi ibu rasa sakit-sakit dan dimasukkan ke 'labour room'.
Sehingga ke malam aku masih berdegil (kabarnya ibuku dah bersiap dengan epidural)...akhirnya doktor membuat keputusan aku mesti dikeluarkan melalui pembedahan.
Terimakasih kepada ibu ayah yang bersusah payah dan bersengkang mata kerana aku.
Itulah, aku dengar-dengar mereka nak namakan aku NUR KASIH KHADIJAH BINTI MOHD AMIN |
|
Ini kakakku. Aku tau nama dia NUR MAISARAH LIYANA. Dia yang tergila-gilakan aku.
Dia teringin sangat ibu melahirkan anak perempuan.
Kita satu genglah.... |
|
Ini abangku. Nama dia Ariff Fanaf . Aku dengar dia ni ganas sikit. He takutlah aku. Tengok tu aku bimbang kalau dia cucuk hidungku. |
|
Ini Puan Jamilah. Ini nenek ku sebelah bapa.
Aah sedapnya tidur di sini.....rasanya aku nak ikut nenek balik kampunglah...
Ok nanti kita jumpa lagi ya...
Assalamualaikum
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
|
10 comments:
Anak sapa ni kak jun
ni anak adik mama ju :)
mama: comeyyy! kelakar la. lahir-lahir terus pandai tulis blog!
Assalamualaikum Mama Ju
Nur Kasih...bloger termuda...he he
Wassalam
assalamualaikum mama ju : nakal budak ni kot. syok sgt duduk dlm perut, tu yg taknak kuar... hehhehe
Tahniah!
Selamat menimang cahayamata/cucu/cucu sedara...
Salam Nur Kasih Khadijah....
Howdy??? Ni Uncle Razi... See u than!!!!
Assalamu'alaikum mMam Ju,
Syukur alhamdulillah menanti dgn kepayahan tak nak ikut pintu dia nak keluar ikut tingkap. Moga ibunya bertambah sihat. Montel sangat:)
Cutenyaa... congrats. Anak sedara Mama Ju ke?
Alhamdulliah .... NUR KASIH KADIJAH SELAMAT LAHIR KEDUNIA Yg penuh Chabaran .... Nenek Nora berdo'a agar menjadi Anak yg Soleha hormat kepada ibu dan bapa .... Selamat Dunia Dan Akhirat .... Ameen ameen Ya Allah
Alhamdulliah .... NUR KASIH KADIJAH SELAMAT LAHIR KEDUNIA Yg penuh Chabaran .... Nenek Nora berdo'a agar menjadi Anak yg Soleha hormat kepada ibu dan bapa .... Selamat Dunia Dan Akhirat .... Ameen ameen Ya Allah
Post a Comment