Rasulullah saw bersabda maksudnya sesiapa sembahyang subuh berjemaah kemudian duduk berzikir hingga naik matahari kemudian dia bersembahyang dua rakaat adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna.
Doa sembahyang isyraq; Pujian bagi Allah yang menjadikan hari ini elok, dinaikkan matahari dari tempatnya, Hai Tuhan,berikanlah kepadaku kebaikan hari ini, dan jauhkanlah aku dari keburukannya, hai Tuhan, bercahayalah hatiku dengan cahaya petunjukmu sebagaimana kau terangkan bumi dengan cahaya mataharimu, selamal-amanya,dengan rahmatmu, hai Tuhan yang paling pemurah.
(Dari buku Qiyamullail dan Doa, terbitan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam YPEIM)
Moga hubungan kita terus berpanjangan, walaupun kini lebih kerap berjumpa di maya sahaja. Terus berukwah hingga hujung nyawa! |
Terbanglah..... Illa liqa' Antum bikhair Ma as salamah Jazakallah hairan kha siro Assalamualaikum . Sebarkan salam dan semarakan amal. *2 gambar drp FB Pn Rasyidah, terimakasih. |
1 comment:
Assaamualaikum Kak Ju,
Moga ukhwah berpanjangan. Seronok kakak lihat walau bersahabat di alam maya tapi dapat bertemu di alam nyata...Maha kaya Allah...
Post a Comment