Friday, October 7, 2011

DEDIKASI BUAT TUAN ZAINUL DAN PUAN SHIDA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rasulullah saw bersabda maksudnya sesiapa sembahyang subuh berjemaah kemudian duduk berzikir hingga naik matahari kemudian dia bersembahyang dua rakaat adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna.
Doa sembahyang isyraq; Pujian bagi Allah yang menjadikan hari ini elok, dinaikkan matahari dari tempatnya, Hai Tuhan,berikanlah kepadaku kebaikan hari ini, dan jauhkanlah aku dari keburukannya, hai Tuhan, bercahayalah hatiku dengan cahaya petunjukmu sebagaimana kau terangkan bumi dengan cahaya mataharimu, selamal-amanya,dengan rahmatmu, hai Tuhan yang paling pemurah.
(Dari buku Qiyamullail dan Doa, terbitan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam YPEIM)
Inilah Tuan Zainul, beliau adalah orang terpenting di SMKA Slim River, Perak. Sebelah tu isteri beliau Puan Rasyidah  Dato Ambak. Beliau juga 'orang kuat' di Hospital Serdang.
Agak lama juga kami kenal  , masa tu anak-anak masih kecil lagi.
Masa berlalu, anak-anak kami pun dah remaja.(hehe Tuan Zainul ada anak kecil lagi...) Empat anak beliau sudah mencecahkan kaki ke Universiti.
Akhir Septemper, kami berkesempatan menjengah beliau di KLIA sempena pemergian anak kedua beliau ke England.
Tahniah diucapkan 

Moga hubungan kita terus berpanjangan, walaupun kini lebih kerap berjumpa di maya sahaja. Terus berukwah hingga hujung nyawa!
Terbanglah.....
Illa liqa'
Antum bikhair
Ma as salamah Jazakallah hairan kha siro


Assalamualaikum .

Sebarkan salam dan semarakan amal.

*2 gambar drp FB Pn Rasyidah, terimakasih.




1 comment:

Kakzakie said...

Assaamualaikum Kak Ju,

Moga ukhwah berpanjangan. Seronok kakak lihat walau bersahabat di alam maya tapi dapat bertemu di alam nyata...Maha kaya Allah...