Tuesday, September 6, 2011

RONDA-RONDA DI RUMAH TUN MAHATHIR

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Firman Allah yang maksudnya "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya: sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya. Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang" (Surah Al Israa' ayat 36 dan 37)
Rumah Tun Mahathir.
PM pun ada.(seafailed.blogspot.com)

Masih dalam suasana raya. Kami berziarah ke kediaman Tun Mahathir di 58, Jalan Kuda Emas, Mines Resort, Sri Kembangan.
Pandangan pertama terlihat papantanda Lot 58. Banyak khemah. Khemah utama memuatkan mungkin seribu orang.Kiri kanan jalan penuh bunga siantan.Pokok-pokok topiari yang dibentuk pun banyak. Kelihatan juga pokok kesidang yang ditanam sebaris, dah naik kira-kira semeter. Bunga kesidang ni sangat wangi....
Pintu utama ke kediaman.


Puan Noryana Najwa hadir bersama suami  Daniyar Nazabayer.
Betul ke anak Presiden Kazakhtan...?.(seafailed.blogspot.com)
Makan. makan...ada nasi beryani, rendang, sate, mi rebus dan macam-macam lagi
Nak makan dekat taman/padang golf pun boleh....
KCT 1
Porshe Cay.....kepunyaan Dato Mkz
Bergambar denga bos lama, Tan Sri Hamid Othman.
Dah selesai. Alhamdulillah.
Anak-anak menapak untuk balik ke tempat parkir.
Saya, menumpang van ke tempat parkir....maaf..

Alhamdulillah
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta alquran
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

7 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama : pernah jumpe tun mahathir sekali jer kat cable car langkawi...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum mama..

sy respek pada ideanya..sangat bernas.. Allah SWT kurniakan beliau otak yang sangat bagus...

CT said...

wah.....bestnya dapt jumpa bekas mantan PM :)

slmt hari raya

http://batulesung.blogspot.com

rosli said...

Mamaju,

Wah glamourlah famili mamaju dapat bergambar dengan Tun dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah....best

safiudin.com said...

salam,

pasti seronok beraya di rumah Tun.

apa-apa pun Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin.

Wassalam

azlina said...

meriah raya di rmh tun..baju sedodon..suka tgk baju tun siti hasmah cantik bangat..
selamat hari raya kak mohon maaf zahir dan batin..

The Cendol Champion said...

salam perkenalan..mmm...agak tak balik kg baru la boleh p beraya umah tun :)