Thursday, September 8, 2011

JOM KE MADINAH BERSAMA PROF K

Pasangan kekasih: Bahagia menanti hingga hujung nyawa, bahagia dunia akhirat. Amin.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di riwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Abdul Rahman bin Shakhr ra berkata bahawa  beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah: dan apapun yang saya perintahkan kamu lakukan,maka kerjakanlah sekadar kemampuan.Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka(tidak mahu taat dan patuh)"(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah, bersyukur kami dipertemukan lagi dengan Profesor Dr Hj  Mohd Kamil dan Puan Roza.
Beliau dan isteri serta dua anak akan berhijrah ke Madinah Munawarrah.
Kami sampai ketika Prof sedang mendaftar di  kauter Saudi kira-kira jam 12 lebih...

Saya berbesar hati dapat membawa bapa mertua bertemu Prof.



Terimakasih Prof. : "Dari Kota Bharu?" Tapi ayah tak jawab........tak ada kata-kata langsung daripada ayah......
Sebelum tu saya dah sosek-sosek dengan Pn Roza. Mesra benar dia...kami juga bercerita  pasal buku travelog masak tu....hehe tak lupa pasal kamera tu....
Suami. saya, Roza, Prof dan juga kamera Nikon baru!

Emak Roza dan dua adik Prof.
Saya dan Sarah. Jamgan menangis ya Sarah....

Terimakasih Prof dan keluarga. Syukur saya bertemu keluarga bahagia ini. Saya bertemu juga  cikgu Razali, pengantin baru (adik ipar Prof) juga adik lelaki beliau. Hehe tapi gambar yang saya ambil tak jadilah.....

Moga kita semua berbahagia di  dunia dan di akhirat. Doakan kami di sana ya Prof dan Roza .(Sewaktu saya berangan-angan nak tulis entri ini Prof dah pun ke Raudhah  di masjid Nabawi)

Ingat kata Prof Kamil Ibrahim:
Biar kita jadi golongan terpilih. kumpulan akhir zaman yang sedikit.
Marilah kita solat berjemaah.
Marilah kita berpuasa sunat isnin dan khamis
Marilah kita bangun amalam bertahajud
Marilah kita membaca al quran dan memahami makna dan tafsirannya
DAN DAHLAH.....kita sudah tua
masa sangat hampir
Marilah kita  jadi manusia yang lebih baik.

Terimakasih Prof.


Alhamdulillah.
Sebarkan salam dan semarakkan amal
Jadilah pencinta Al Quran
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

8 comments:

safiudin.com said...

Salam,

Alhamdulillah, syukur.

pertemuan yang penuh kegembiraan dan rasa kesayuan...



Wassalam.

Kakzakie Purvit said...

Assalamualikm Kak ju,

Mereka terus hijarh ke Madinah ke? Bahagianya hidup macam prof kamil ini kan...

p/s: kakak balik ke Peserai masa raya lepas. Kemudian baru balik Pontian... Lalu Azhar Food masih puasa lagi. Oh... dekat dah dgn rumah Kak ju ye...

Kak Sidah said...

Salam Mamaju,

Indahnya kata2 Prof..semoga kita beramal dengannya..terima kasih kerana berkongsi ilmu ini..

Teratak Hami said...

Salam Perkenalan,
Gembira tengok pasangan bahagia itu. Semoga hidup mereka dan kita dirahmati olehNya

rosli said...

Mamaju,

Memang best Mamaju dan keluarga bersamanya semalam, saya pun ada rasa best kalau dapat bersama semalam di KLIA, moga semuanya dipermudahkan untuk Prof dan keluarga dia

Anonymous said...

Assalam,

Best nya dapat jumpa prof & puan serta anak2 di lapangan terbang. Terima kasih atas ilmu yg di kongsi.

semoga mereka dalam redha Allah.

AJ

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Berhijrah ke Madinah? Seronoknyaa... bertuah mereka itu.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum mama..

trime kasih atas perkongsian ini..ilmu yang sgt bermanfaat