|
Pasangan kekasih: Bahagia menanti hingga hujung nyawa, bahagia dunia akhirat. Amin. |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Di riwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Abdul Rahman bin Shakhr ra berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah: dan apapun yang saya perintahkan kamu lakukan,maka kerjakanlah sekadar kemampuan.Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka(tidak mahu taat dan patuh)"(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
|
Alhamdulillah, bersyukur kami dipertemukan lagi dengan Profesor Dr Hj Mohd Kamil dan Puan Roza. Beliau dan isteri serta dua anak akan berhijrah ke Madinah Munawarrah. Kami sampai ketika Prof sedang mendaftar di kauter Saudi kira-kira jam 12 lebih...
Saya berbesar hati dapat membawa bapa mertua bertemu Prof. |
|
Terimakasih Prof. : "Dari Kota Bharu?" Tapi ayah tak jawab........tak ada kata-kata langsung daripada ayah...... |
|
Sebelum tu saya dah sosek-sosek dengan Pn Roza. Mesra benar dia...kami juga bercerita pasal buku travelog masak tu....hehe tak lupa pasal kamera tu.... |
|
Suami. saya, Roza, Prof dan juga kamera Nikon baru! |
|
Emak Roza dan dua adik Prof. |
|
Saya dan Sarah. Jamgan menangis ya Sarah....
Terimakasih Prof dan keluarga. Syukur saya bertemu keluarga bahagia ini. Saya bertemu juga cikgu Razali, pengantin baru (adik ipar Prof) juga adik lelaki beliau. Hehe tapi gambar yang saya ambil tak jadilah.....
Moga kita semua berbahagia di dunia dan di akhirat. Doakan kami di sana ya Prof dan Roza .(Sewaktu saya berangan-angan nak tulis entri ini Prof dah pun ke Raudhah di masjid Nabawi)
Ingat kata Prof Kamil Ibrahim: Biar kita jadi golongan terpilih. kumpulan akhir zaman yang sedikit. Marilah kita solat berjemaah. Marilah kita berpuasa sunat isnin dan khamis Marilah kita bangun amalam bertahajud Marilah kita membaca al quran dan memahami makna dan tafsirannya DAN DAHLAH.....kita sudah tua masa sangat hampir Marilah kita jadi manusia yang lebih baik.
Terimakasih Prof.
Alhamdulillah. Sebarkan salam dan semarakkan amal Jadilah pencinta Al Quran Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. |
7 comments:
Assalamualikm Kak ju,
Mereka terus hijarh ke Madinah ke? Bahagianya hidup macam prof kamil ini kan...
p/s: kakak balik ke Peserai masa raya lepas. Kemudian baru balik Pontian... Lalu Azhar Food masih puasa lagi. Oh... dekat dah dgn rumah Kak ju ye...
Salam Mamaju,
Indahnya kata2 Prof..semoga kita beramal dengannya..terima kasih kerana berkongsi ilmu ini..
Salam Perkenalan,
Gembira tengok pasangan bahagia itu. Semoga hidup mereka dan kita dirahmati olehNya
Mamaju,
Memang best Mamaju dan keluarga bersamanya semalam, saya pun ada rasa best kalau dapat bersama semalam di KLIA, moga semuanya dipermudahkan untuk Prof dan keluarga dia
Assalam,
Best nya dapat jumpa prof & puan serta anak2 di lapangan terbang. Terima kasih atas ilmu yg di kongsi.
semoga mereka dalam redha Allah.
AJ
Berhijrah ke Madinah? Seronoknyaa... bertuah mereka itu.
assalamualaikum mama..
trime kasih atas perkongsian ini..ilmu yang sgt bermanfaat
Post a Comment