Monday, September 5, 2011

BOMBA !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(kawasan belakang rumah)
Setiap hari kita berdoa seperti di dalam Al Mathurat antaranya "Dengan nama Allah, yang dengan namanya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha mendengar dan mengetahui"
"Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang diciptakan"

Kami sampai ke kota hari Jumaat 2/9/11. Tergerak hati nak mengelilingi rumah. Top-top tenguk  macam ada berlaku kebakaran. Kawasan di belakang dan sebelah rumah terbakar! Heh terbakar ke di bakar?
Ada kesan orang tebang pokok......mungkin lepas tebang , mereka membakar sesuatu ...
Mereka pun agaknya tak menyangka api tu merebak cepat dan menjulang tinggi. Bomba sempat bertindak.....
Alhamdulillah  rumah kami tak ada apa-apa kerosakan hanya lampu pagar dan saluran air mengembang, sedikit sangat...
Bersyukur sangat-sangat.

Pokok pisang  rastali di tepi pagar ....
Alhamdulillah,  sini pun ok.
Tanah sebelah rumah. Harga RM 40 sekaki x 8000' - Kami rasa api bermula dari tanah di belakang rumah.

Alhamdulillah. Allah lindungi kami.

Sebarkan salam dan semarakkan amal'
Jadilah pencinta AL quran
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.





7 comments:

azlina 3 said...

assalamualaikum mama ju...

alhamdulilah semuanya selamat...selamat hari raya kak..

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Alhamdulillah
Syukur
Allah jauhi bala...

Wassalam

sonata anak kancil said...

syukur tidak rosak terok...selamat hari raya - maaf zahir batin

afeezz said...

assalamualaikum mama : dah musim2 panas macam ni diaorg dok bakar2 plak. mmg le merebak cepat, sib baek tak berlaku sesuatu yg tak baek kan. kalau tak, saman... saman!!

Unknown said...

Assalamualaikum kak Ju

syukur Alhamdulillah semuanya selamat...

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..

rumah mama selamat..Allah telah pelihara rumah mama dari segala musibah kan

ainhany said...

salam mamaju,

syukur...selamat dan sempat lihat punca kejadian. Mudahan ALLAH pelihara mama dan family. Amin