Wednesday, April 13, 2011

BAITUL ULFAH

Assalammualaikum semua.
Saya mendapat risalah ni daripada Ustazah Norhayati. Beliau dari Baitul Ulfah.
Saya amat terharu dengan pengorbanan mereka yang terlibat dalam Baitul Ulfah.
Saya petik kata-kata ni dari risalah Baitul Ulfah.

Baitul Ulfah ialah sebuah Pusat Kebajikan dan Bimbingan yang berperanan untuk memberi ilmu dan bimbingan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas, mualaf dan asnaf zakat.. Di sini juga mereka membimbing remaja bermasalah sosial.
Seramai 35 pelajar tinggal di asrama. Manakala warga emas dan ibu tunggal yang bernaung dengan Baitul Ulfah seramai 50 orang.

Alamat
Asrama 1 dan pejabat;
No 6, Jalan Prima 4/7, Taman Puchong Prima,
47100, Puchong, Selangor.

Asrama 2
No 63, , Jalan Tasik Prima 4/5A, Taman Tasik Prima,
47100. Puchong, Selangor.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang/ bersedekah boleh disalurkan ke Akaun Maybank
562-777-208-877 atas nama Pusat Bimbingan Baitul Ulfah atau terus ke pejabat.
Sumbangan berupa barangan seperti keperluan sekolah, keperluan asrama, keperluan barangan dapur basah dan kering, keperluan pusat sumber, keperluan pejabat dll boleh hubungi Ustazah Norhayati 014 2371662/ 013 2714595.atau Puan Nik Hastura 019 6784766 atau datang ke alamat tertera.

Saya sebenarnya menemui Ustazah Norhayati sewaktu kami sama-sama memilih ikan di pasar borong Selangor, Sri Kembangan.Ada seseorang memberi RM 300 kepada beliau lantas beliau ke pasar untuk memberi keperluan makan anak-anak asrama. Saya terkedu.... Saya sangat menghargai usaha  dan susah payah beliau.

Sama-samalah kita menyumbang ikhlas kerana Allah.

ASSALAMMUALAIKUM
SEBARKAN SALAM DAN SEMARAKKAN AMAL!

1 comment:

Anonymous said...

sebagai penginap-penginap berdekatan dengan asrama, kami ingin memberi saran yang penting kepada penanggungjawab rumah anak yatim. demi keamanan di sekitar asrama, kami berharap agar kereta atau van yang menghantar anak-anak tidak memandu dengan laju. Selain itu, diharap anak-anak jangan buat bising sehingga mengganggu waktu rehat penginap yang berdekatan.