Friday, April 15, 2011

BALIK KAMPUNG!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Aisyah RA meriwayatkan Rasullah saw bersabda maksudnya " Kami tidak meninggalkan harta warisan. Apa yang kami tinggalkan(setelah kami wafat) merupakan sedekah"
(Riwayat Tirmizi, Bukhari. Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Satu hari kami balik kampung. Tentu seronok dapat jenguk mak. Seronok dapat menjalinkan silaturrahim....Tu gambar mak dan besan muda.
Kami bawa bersama ayah dan makcik. Mereka ok saja. Satu lagi tujuan kami balik  ialah menghantar anak kami Mohd Nabil belajar mengaji di sini.
Kami hantar Nabil ke Surau 1 Kg Belahan Tampok. Di sini ada kelas tahfiz. Dengarnya kelas ini dibiayai oleh penduduk kampung. Harap Nabil dapat banyak ilmu di sini.
Alhamdulillah kali ini kami dapat berziarah dan bertemu dengan  beberapa orang saudara mara.
Antaranya pakcik Abd Halim, Wak siti, Mak Long dan cik Yem. Kami harap kami sentiasa diberi peluang  menjalinkan silaturrahim sesama saudara. Tenguk tu cik Halim sibuk mencari durian untuk bekalan.....

makan time....!
Rasanya inilah pertama kali suami saya mengait kelapa muda!
Memetik buah mangga untk dibuat jeruk.
Emak membelah kelapa.
Tumbuhan herba yang mak tanam .
Kena bawak balik ke?

ASSALAMUALAIKUM

SEBARKAN SALAM DAN SEMARAKKAN AMAL.
AMIN.

4 comments:

Ayah Zain said...

Bestnya dapat balik kg berjumpa dengan saudara mara. Alhamdulillah

Che Mid said...

terharu baca tentang baitul islah. Saya bantu yang belah-belah utara je la mama.

mama jadi ke bawa pisang 2 tandan bawak balik.. boleh buat kerepek pisang he he

mohdandmeriam said...

salam ju..seronoknya dapat balik kampung berjumpa sanak saudara..tempat ju tu dah musim durian ke..lagi seronok sambil menziarahi saudara mara dapat makan durian pula..

nadz said...

Assallamualaikum mama Ju,

Alhamdulillah..
seronoknya melihat kampung halaman
ada mempelam dan durian..tapi di Kedah durian belum masak..