Tuesday, June 22, 2010

SILATURRAHIM TERJALIN.....ALAMMAYA/ALAM REALITI

Alhamdulillah..tiba-tiba saya disapa oleh Editor 'Ingin Jadi Nasrullah'  di blog saya. Buku nukilan Faisal Tehrani. Faisal menemuikan saya  dengan sidia...Saya amat terkejut, rupanya kawan lama sewaktu bekerja di Penerbitan Delta.Beliau Dr Azizah Supardi sekarang di DBP. Syukur dapat berhubung dengan teman serumah satu masa dahulu...Kali terakhir saya melihat beliau sewaktu beliau menjayakan teater di DBP
Saya menemui beliau dari blog Tuan Hj Azli Mekah. Nurazimah atau Azie. Beliau dari Gua Musang . Kelantan.
Tak tau macammana saya tiba-tiba rasa tersangat rapat dengan beliau. Kami kerap berhubung walaupun tak pernah bersua .Beliau adalah Pengarah di Darul Naim Travel & tour Sdn Bhd. Kalau nak melancung hubungilah beliau....he he ada diskaun ke?

Alhamdulillah sekonyong-konyong saya menemui En Azizan dan keluarga di Segamat. Berbelas tahun tak jumpa! Kami mula kenal di Manchester.  Beliau dan isteri masih peramah macam dulu juga. Maaflah ganggu En Azizan yang sibuk (baru lepas mesyuarat dengan MB ) Unik  dan besar rumah beliau.. Saya berasa seperti berada di istana lama.Beliau bertugas sebagai Jurutera Daerah.
He he  he di  Segamat juga jumpa Prof Dr Kamil. Dah cerita dalam entri terdahulu.

Sangat-sangat tak disangka, tiba-tiba linda Ishak add saya di FB. Siapa dia?Bila beliau sebut kawan2 di Arkib spt Norasyid...Yes saya ingat!   Tapi nama dia bukan linda.....dulu dia Noly....dia masih lawa macam dulu. Kami tak jumpa dah lebih 25 tahun! Baru beberapa hari kenal semula...saya tak tau lagi dia kerja di mana dan macam2 lagi.(Gambar2 terbaru dia saya dah tenguk...)Kita sambung bicara lagi ya?
Ini dia sahabat baik saya semasa saya di ARKIB NEGARA Tuan Hj Norasyid Yassin.. Terimakasih kepada Linda kerana menemukan saya dengan beliau.Lebih 25 tahun tak jumpa! Wajah beliau amat berbeza! Saya mencari wajah lama di gambar terbaru, tapi tak jumpa!Beliau bertugas sebagai Pengurus di  Galeria Sri Perdana (resendensi Tun Mathadir terdahulu) Dulu kami sama-sama bertugas di Unit Hari Ini Dalam Sejarah. Selain mencari bahan Sejarah kami sekali-sekala berpeluang menulis skrip.Ingat lagi ke?

Antara sepupu  yang saya temui cuti kali ini. Saya ada 165 sepupu!
Bersama emak, adik dan sepupu di majlis perkahwinan Jaafar Moin  di Belahan Tampok, Rengit,BP.
Dari alamaya saya mengenali 3 gadis manis ni.  Syima, Taj dan Atiqah. Kami dah pun bertemu di majlis keraian yang diadakan oleh Tuan Hj Azli Mekah. Syima dan Taj baru balik dari menunaikan umrah. Kami teringin untuk bersua lagi...insyallah bila Presiden  GKB tak sibuk ...kami ahli GPK akan menjejaki kalian.
Ini gambar Suhaimi Mior Hassan bersama isteri dan anak-anak.. Remaja  perempuan masa lalu mesti ingat penyanyi 'epilog cinta dari Bromley' ini. Terimakasih kepada Prof Kamil yang menemukan Suhaimi kini kepada saya....Kini beliau adalah Pengarah Urusan Tele Infra Teknologi Sdn Bhd.(Cerita beliau ada di Mingguan Msia 20/6/2010)
Ini Cik Ian dan Cik Cha. Anak-anak dari FB. Saya menemui mereka ketika Cik Ian berkunjung ke Kuala Lumpur.Mereka amatlah peramah! Cik Ian berbakat dalam penulisan. Ada novel on line beliau dalam AKSARA KERAIAN. Cerpen-cerpen yang ditulis juga menarik.Cik Ian guru di Kulai,Johor. Cik Cha berkhidmat di Hospital Serdang.
Ketiga-tiga anak ini saya kenali dari alammaya.Mereka amat berbakat dalam penulisan. Dr Jhaz hebat menulis tentang pengembaraannya ke 43 negara!Buku beliau 'Travelog Turki' telah diterbitkan.Anuar Kamaruddin pula Pengetua Aksara Keraian amat-amat berbakat dalam penulisan.Novel' Blog Priasetia 'telah menaikkan namanya. Novel terbaru bersama Norhayati Berahim 'Bingkisan Hati' sedang laris dipasaran.Terimakasih kepada Anuar kerana meletakkan nama saya sebagai salah satu watak dalam cerpen'tersungkur di kaki Mimbar'

12 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Waduhhhhh
ramainya sahabat mama

yg saya pernah jumpa gambat 4 dari bawah, he he
gelak dulu tenguk gambar tu
dia orang buat gempak mama (mengadu)

Alhamdulillah
moga ukhwah terus disemat

Wassalam

Ayah Zain said...

Salam Mama Ju,

wow, mama ju ni bukan calang-calang orang rupanya. Betul kata atok tu, mama ju u r da great.

saya hanya kenal nurazimah jer , itupun tak pernah bersua muka lagi

kak su said...

Salam mama ju

Seronoknya punya ramai kawan kan...

Insyaallah nanti kita berjumpa pula ya...

Wslm

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Salam~
Ada manusia hebat yang Zara sanjung dalam penulisan kali ini~

=)

Mereka berhak~

Azima said...

Salam sayang Mama...

Didoakan semoga Mama sekeluarga sihat2 aje hendaknya..

Indahnya kehidupan bila ukhwah terjalin erat....alam maya ke dunia realiti..

Semoga dapat bersua dgn Mama suatu hari nanti...InsyaAllah.

Cayang Mama.... :-)))))

Wassalam

khasyikelvin_ said...

Mama,
rasa seronok berjumpa mama dalam kita
saling takut tidak dapat ketemu.
syukur, Allah permudahkan.
moga-moga di lain masa kita bertemu lagi.
eh, rengit dengan benut, tidaklah jauh mana...cuma mencari eklapangan itulah yang paling sukar.
terima kasih, ma. sebab sudi bertemu dengan CI dan cha~

sinomosa said...

Salam Mama Ju,

Salam sayang..
Wah3x atuk tue mengadu dgn mama eks kui3x..
Amboi3x AZ kenal dgn Azimah je eks? Sy AZ tak kenal ke? huhu sampai ati..

Mama, Insya-Allah..jika ada kelapangan dan diizinkan Allah pasti mini-gath akan dapat diadakan..al-maklumlah kita semua tak lepas lari dari tugasan hakiki bak kata Presiden Gile Koser tue haha..[opps jgn marah cp]

Kak Sidah said...

Salam mama ju,

Ju, banyak pengalaman dan kenalan..semoga silaturrahim berpanjangan ..bila pula kita nak jumpa lagi yer ju..akak seronok tgk ju jumpa dgn prof kamil dan roza , dgn blog beliau lah kita berkenalan di pdkm seterusnya di alam reality..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

salam ma :)

nnt punya rezeki, harap ketemu mama...insyaAllah :)

Lady 'Aiynz said...

slm auntie ju,

hehe.. sje je.. excited sbb tetibe nmpak gmbr sndiri dlm blog aunti ju =D

rezeki said...

salam amam ju

alhamdulillah, bertambah kenalan

azlina said...

salam mama...
semuga suatu hari nanti kita juga dapat bersua muka seperti ini...teringin juga nk bertemu dgn kak ummi,sonata dan lain2...