Sunday, June 20, 2010

DUHAI BAPA.....

Renungan 1
SELAMAT HARI BAPA

Waktu itu menunjukkan tepat jam 9 malam. Saya akan memeriksa pesakit terakhir dari tingkat 7, wad 712. Ada pesakit baru yang dimasukkan ke situ petang tadi kerana serangan jantung. Di kepala katilnya tertulis ABDULLAH.

Ketika saya menghampirinya, dia teruja ingin tahu siapa yang datang tetapi akhirnya sayu tatkala mengetahui orang itu adalah saya. Saya letakkan stetoskop ke dadanya. Jantungnya bergerak pantas, perlahan, kadang-kadang tidak teratur. Abdullah mula bersuara, “Doktor, boleh tak…” dia terdiam sejenak. Dari kelopak matanya menitis butiran kaca. Lalu saya sentuh tangannya menunggu dengan sabar dia meneruskan kata-kata.


Sayu saya melihat Abdullah menyeka air matanya,"Boleh tak doktor tolong telefon anak saya. Tolong beritahu saya diserang sakit jantung. Saya tak ada saudara lain,” Pakcik jangan risau saya akan menghubunginya. Abdullah menarik nafas lega. Kemudian raut wajahnya berubah seperti mendesak, "Boleh telefon sekarang? Seberapa segera yang boleh,” Baiklah,"kata saya sambil menepuk mesra bahunya. Saya memadamkan lampu dan melihat Abdullah menutup mata. Tiba di pintu dia memanggil, "Boleh minta pen dan kertas?”

Berdasarkan borang maklumat pesakit, saya mendapat nombor telefon anaknya. "Assalamualaikum, Adam, saya Dr Faizal dari hospital. Ini berkenaan bapa saudara. Dia dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung dan “Hah?Tidak!”jeritan Adam membuat saya terkejut. "Abah tak tenatkan?”
“Dr, tolonglah, jangan biarkan dia pergi dulu,” suara Adam kedengaran sangat sedih.” insyallah, dia dalam keadaan baik sekarang,” Dr tak faham abah dan saya dah lama tak bercakap. Pada hari jadi saya ke 21, kami berselisih faham mengenai teman wanita saya. Saya terus meninggalkan rumah.

“Saya kesal kerana terlalu menurut kata hati. Hati saya meronta-ronta ingin bertemu dengannya. Kalau boleh saya ingin sujud di kakinya. Memohon kemaafan kerana kerana kalimat terakhir saya adalah “ Saya bencikan abah ” Saya jadi sebak mendengar Adam teresak-esak. Seorang ayah dan anak, masing-masing sangat kehilangan, sehingga membuat saya memikirkan ayah saya yang jauh.

“Saya akan sampai dalam setengah jam”katanya. Saya berusaha menyibukkan diri tapi tidak dapat memberi tumpuan. Apa yang saya tahu, bilik 712. Tiba tiba “Kod 99, bilik 712. Kod 99” pemberitahuan itu bergema, Abdullah! Saya terus meluru ke biliknya. Memeriksa nadinya. Tidak ada!
Abdullah mendapat serangan jantung buat kali kedua! Kejutan eletrik kardiovarsi yang diberikan ke atas dada Abdullah tidak berhasil. Abdullah sudah tiada lagi.
Beberapa orang jururawat meninggalkan oksigen dan alat-alat lain di tubuh Abdullah. Kemudian satu persatu beredar. Yang tinggal cuma saya sambil tergumam.” Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan bagaimana saya nak berdepan dengan anaknya? Keluar dari bilik saya melihat seorang anak muda sedang berkata sesuatu kepada jururawat yang memintanya bersabar. Sejurus kemudian dia menekup mukanya yang penuh dengan seribu penyesalan dia menangis. Saya pasti itu Adam.
Saya menghampirinya. Adam memandang tanda nama saya. Saya mengajaknya duduk di bangku “Maafkan saya Adam," Setelah agak lama suasana senyap menyelubungi kami, Adam bersuara, "Saya tidak pernah membencinya malah amat menyayanginya,” Perlahan-lahan kami berjalan ke bilik 712. Adam merangkul kaki ayah sambil tidak henti mulutnya mengatakan maaf. Saya berusaha untuk tidak melihat Adam saat itu. Sedih, sedih ditinggalkan seseorang yang amat disayang. Yang lama tidak bertemu.
Saya berdiri di sisi meja, di sebelah katil arwah. Tangan saya tercarik kertas dan saya ingat, ia kertas yang diminta oleh Abdullah sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Ia tidak lagi kosong tetapi mempunyai coretan yang sangat indah, "Adam, anak abah yang tersayang, abah memaafkanmu. Abah berdoa agar engkau juga memaafkanku. Abah tahu kau juga menyayangi abah bukan? Sesungguhnya abah juga amat menyayangimu nak.”ABAH.
Kertas itu membuat tangan saya mengeletar ketika menyerahkannya kepada Adam.Adam membacanya sekali , dua kali, wajahnya perlahan lahan bersinar, kedamaian mulai terpancar dari matanya.Kemudian dia memeluk kertas tersebut bertalu talu.
Di luar jendela, beberapa bintang terlihat bersinar di kegelapan malam. Saya bergegas meninggalkan Adam, menuju ke bilik saya. Lalu saya capai telefon, ingin menelefon ayah dan mengatakan kepadanya bahawa saya amat menghargai jasa-jasanya membesarkan saya selama ini. “Saya sayangkan ayah.”
Bilakah kali terakhir anda menghubungi ayah, bertanyakan sakit pening serta makan minumnya?

Anekdot
1. Ini tulisan dari Mingguan Malaysia 11.6.2006. Kali pertama membacanya saya rasa sungguh terharu.

2. April 2009 ketika aku membacanya semula, saya rasa sungguh sedih dan mengalirkan airmata. Saya kehilangan bapa pada 26.03.09. Al-Fatihah

8 comments:

Ayah Zain said...

salam mamju,

mama ju seorang yang hebat. terharu saya membacanya

Ku Din said...

mamaju anakanda turut terharu... kunjungilah bog saya juga ye... www.dindirin.blogspot.com...

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

Salam ziarah

Wassalam

mohdandmeriam said...

salam ju..sedih kakyam membaca cerpen tu..kakyam dah tiada ayah..
syukurnya kakyam sempat bertemu ayah selama 4 hari sebelum ayah meninggal dunia..
ayah seorang yg baik n warak..

nadz said...

Assallamualikum mama Ju,

Habis membaca N3 ni, mama nadz terasa amat sedihnya, sayunya..sebak..ingat kat Bapa.
Terima kasih

kak su said...

Salam mama ju

Apa khabar??? terimakasih berkongsi cerita...sedihnya...

Mata akak pun dah bengkak kerana anak2 dah balik ke asrama...baca citer sedih pepagi nii...lagilah.

Wslm

ummu said...

assalamualaikum MamaJu
Sedih baca entry ni.
teringat pada ayah saya yang baru bersara.semasa menziarahi ayah,ayah melahirkan rasa rindu pada anaknya ini.kalaulah saya dekat...
p/s;cerpen yang tersiar di ANIS Jun 2009 saya selitkan jua di blog wordpress saya.
wassalam mamaju

Mohd Hafizi Bin Tajuddin said...

seronok bc catatan mama.tp sy cdgkan mama letakl shoutbox sng pengunjung nak komen @ bagi pendapat. cmna?