Tuesday, April 6, 2010

EPILOG AYAH....1

AYAH...Dalam usia 94 tahun...dia mengikut je apa yang kami kata. Tenguk tu ayah nampak gembira dengan cucu-cucu. Adik beradik suami Supian, Rodiah dan Ramzam telah bersetuju bagi kami bawa ayah tinggal di Kuala Lumpur.

Ayah bersama anak, menantu dan cucu.
Kami adik beradik berkonvoi bawa ayah dan ibu ke Kuala Lumpur. Kami mahu ayah rasa dia tidak keseorangan...

Perjalanan yang panjang ..500km, takut juga kalau ayah tukar fikiran atau bual hal di jalanan.

Alhamdulillah kami sampai ke destinasi. Ayah dan ibu nampak relax je.
Setelah minum-minum kami tanya ayah"Ayah kat mana?"

"Beris..rumah kito..."selamba je.

OOH...

8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama ju

Alhamdulillah
dapat berkhidmat kedua ibubapa
ganjaran yg amat besar

Wassalam

Wawan Saini said...

Salam Mama..
menitip tinta sekali lagi disini..
untung bagi yang masih memiliki seorang yang bergelar bapa..
jaga dan perhatilah dia.
sungguh keringat yang pernah tertumpu dari jasadnya dulu tidak pernah bisa kita bayar.
meskipun dermaga emas sebgai sandaran.

Alfatihah juga buat arwah ayahanda saya..

CM said...

moga ayahanda mama terus sihat dan panjang umur..

Anonymous said...

salam ju..syukur melihat kemesraan keluarga ju..lebih2 lagi ayah dan emak nak pergi tinggal jauh diKL.kak yam dah tak ada ayah tapi mak ada lagi.emak lebih selesa tinggal dirumah sendiri..kalau datang rumah anak2 hanya betah tinggal 2 minggu ..minggu pertama elok lagi,masuk minggu ke2 dah mula serba tak kena sebab rindu pada rumahnya sendiri..sebab tu kami adik beradik biarkan dia tinggal dirumahnya sendiri-rumahnya dibelakang rumah kakak n adik lelaki..selagi dia mampu mengurus dirinya sendiri..kalau sakit nanti kami akan bawa dia tinggal dirumah kami..insyaallah..hehehe..mujur dia masih diBKBesar..apa akan jadi nanti bila keluar rumah tak nampak ayam itik n suasana kampungnya...

pak long said...

salam...
moga semua terus mendapat keberkatan dari ALLAH

مسافر اسلام said...

Salam mama
MI anak last dari 4 org adik beradik.
Trima kasih ucapan. Doakan ya..
Salam

rezeki said...

salam mama ju

alhamdulillah, allah kurniakan kesihatan buat kedua ibubapa mama ju dan kesihatan yg baik

mmg org tua tak betah kat rumah anak2 , kalau kita esok2 dah tua pun mcm tu juga rasanya hehe

ummu said...

assalamualaikum Mama Ju
alhamdulillah,semoga Allah berkati usaha murni Mama Ju sekeluarga besar. Bagus kan bila adik beradik pakat sama-sama.

Ummu tingggal dengan MIL.:).jadi Ummu biasa lihat bagaimana menjaga orang tua ini.