Thursday, April 8, 2010

AYAH....BHG 2

Tiga minggu ayah di sini. Dia masih macam biasa. Bersyukurlah ibu muda ada, jadi taklah dia rasa kebingungan. Ibu muda amat prihatin, sentiasa melayan kerenahnya dan sentiasa berada disampingnya. Dalam banyak perkara ayah sentiasa perlu dibantu. Banyak perkara yang dia tak berapa ingat...
Ayah guru pertama yang mengajar di Sekolah Amir Indera Putra, Beris, Bachok,Kelantan.
Masa tu sekolah(ketika itu digelar pondok) baru dibuka oleh Tuan Guru Hj. Noh. Ayah yang baru tamat belajar ditawarkan mengajar di sini. Ayah belajar di serata Kelantan, bertahun-tahun. Antaranya beliau berguru dengan Tok Guru Yaacob Lego dan Tok Kenali. Ayah mendalami bidangHadis, Quran, Feqah dan kitab-kitab Nahu.
Ayah nak dengar azan dari surau!. Saya kadang-kadang memutarkan CD untuk memperdengarkan azan supaya ayah bangun untuk bersembahyang.

Bila ayah ada disini, ramai anak cucu cicit datang jengok ayah. Seronok kerap jumpa saudara mara! Kami bawa juga ayah jalan-jalan. Gambar kat atas tu ayah ke Sekolah Menengah Mahaad Hamidiah, Kajang tengok cucu.


Wajah-wajah cucu cicit Tok Ayah dari negeri Sembilan dan Kelantan.

Adik ipar dari Johor.
Esok kami cadang nak bawa ayah ke Rengit, Batu Pahat. Saya nak jengok mak yang baru balik umrah. Ayah dah setuju nak ikut....

8 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ju,

jagalah mereka sementara mereka masih ada...rebutlah peluang yang Allah kurniakan buat ju & famili...

NGINAP SRENGENGE said...

salam mama ju,

alhamdulillah mempunyai anak solehah.

Beris di kelantan karang dan maju.
Saya juga pergi kat sana.

Anak dan menantu ada kat kota palmar.

Tenang hidup di kelantan.

Wassalam.

Rozali said...

Assalamualaikum Mama ju

macam saya juga
kalau mak ada kat rumah saya
semua anak menantu, cucu akan berkumpul
bukan main riuh leee

Wassalam

mohdandmeriam said...

salam ju...seronok tenguk kesepakatan keluarga ju..semoga tenang n bahagia selalu

Ummi Humaira said...

salam kak Ju..

beruntung kak Ju masih ada ayah , ambil ler peluang berharga ni untuk melayani ayah seadanya..

ummi dah tiada lagi ayah di dunia ni , dia dh lama pergi menemui Ilahi thn 1992 lg di ketika usianya 47 thn .

seronok tengok keluarga kak Ju berkumpul ramai2 .

azlina said...

alhamdulillah mama dan seluruh ahli keluarga menjadi contoh yg baik buat semua...saudara mara..anak-anak dan sahabat andai seorrang anak solehah yg sedia berbakti kepada kedua ibu-bapa selagi hayat mereka di kanndung badan..

pak long said...

salam...
tersentuh jiwa ini melihatkan gambar-gambar tu....

Rusyaini Food Industries said...

Rinduku bertamu lagi....