Sunday, April 4, 2010

FESTIVAL KASUT ANTARABANGSA

Bertempat di PWTC satu Festival Kasut Antarabangsa telah diadakan pada 2hb -4hb April 2010.

Kasut yang menjadi fokus festival tentulah kasut dari Prof Dato' Dr Jimmy Choo. Secara kebetulan saya dapat bersua muka dengan beliau....Rekaletak untuk kasut Dato' sangat cantik! Nama beliau mula naik apabila Lady Diana mengenakan kasut rekaannya. Sampai sekarang beliau masih menjadi buruan orang-orang kaya. Tengok Lady Gaga pun sebut nama beliau dalam nyanyiannya!
Kasut-kasut Dato Jimmy Choo yang dipamerkan. Kasut diatas berharga RM350,000. Bertatahkan berlian.
Kasut beliau yang berharga dalam lingkungan rm 200,000!Juga bertatahkan berlian. Orang awam yang ke sini boleh membeli kasut-kasut rekaan beliau juga, harga yang saya lihat RM 1,285. Cantik-cantik, bertumit tinggi dan berbatu permata. Saya tak dibenarkan ambil gambar(sebab tak beli!)

Satu lagi anak Malaysia yang masyhur di luarnegara ialah Zang Toi. Beliau bukan saja masyhur dengan kasut malah pakaian wanita. Butiknya ada di Kuala Lumpur. Harga Kasut beliau yang sempat saya jejak RM239. Bolehlah kalau teringin..Sambung cerIta tentang Jimmy Choo. Sewaktu menuntut di Kolej Cordwainers beliau bekerja sambilan sebagai pelayan restoran bagi mendapatkan wang untuk membayar wang pengajian. Selepas tu Jimmy bekerja sebagai pekerja am di bengkel kasut di Kota London.Pada 1986 jenama Jimmy Choo Counture mula diperkenalkan. Ternyata sukar untuk menembusi pasaran di sana. Sekonyong-konyong tuah datang, seorang wanita dari East Londan mahu membuat kasut dengan harga 50 pound. Bermula dari sini beliau semakin berani menembusi pasaran London.
Peluang bekerjasama dengan dua pereka antarabangsa utuk minggu Fesyen London banyak mempopularkan jenama Jimmy Choo. Sejak itu beliau menjadi buruan pereka dan media cetak. Jenama ini mencatat sejarah bila merangkul pelbagai anugerah antarabangsa antaranya Jenama Pereka Terbaik pada 2008 daripada Majlis Fesyen Britain.
Butiknya ada di Suria KLCC.

8 comments:

My Life said...

salam
dear mamaju
cantik kasut2 itu...

afeezz said...

salam mama ju : tak lama lagi ade kasut jenama afeezz plak. nantikan di pasaran, harga pasaran bermula dari RM10. mampu milik oleh semua orang... huhu

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ju,

rasa nak fitam nengok rege kasut tuh!
nanti nak tgk jenama afeezz!

AMZ said...

Salam Mama ju.....

Saya pun ada jugak pg festival kasut nie ari jumaat ari2......
pegi nie pun secara kebetulan sbb ade keje kat PWTC....
tp x beli ape2 pun....
sekadar menjamu mata jer.....

mama ju, minta maaf la sebab x der rezki kiter nk pegi umah datin lina ari sab2 aritue....
nanti kite plan betol2 yerk....

NGINAP SRENGENGE said...

salam mamaju,

orang cina mewarisi pembuatan kasut.
Zaman ayah dulu orang cina juga yang membuat kasut kayu.

Kasut kayu pakaian maharaja2 cina dulu.Tersebar luas di Malaya zaman tu.

Pergi ke bandar pun orang tak segok memakainya.Rioh-rendah bunyinya,tak perlu bubuh ladam.

Maaf sedikit maklumat.
Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam mamaju,

sikit lagi nak sambung pasai kasut kayu.

Sesuai sangat masuk ke tandas kerana ia tinggi.

Wassalam.

Wawan Saini said...

salam mama..
hahah..
wawan lum smpat berkunjung lagi ke pesta ini.
insyallh..ada masa,mahu juga cuci mata .
:)

Wan said...

Iskkk.. harga kasut dah sama dgn harga sebijik umah teres!