Thursday, March 25, 2010

ROMBONGAN CIK KIAH KE MEKAH DAN MESIR

Saya mendapat SMS mengatakan rombongan Cik Kiah akan tiba di KLIA pada jam 7 ptg. Boarding pukul 9 mlm. Jadi saya dan suami pun bergegas ke sana....tup..tup dapat SMS boarding jam11.00 mlm. Perut terasa keroncong..kami ke foodgarden. Saya tak suka ke sini tapi terpaksa sebab nak makan nasi. Saya menuju ke gerai nasi pantai timur...saya hairan kenapa petugas berwajah india dengan tanda di dahi! Saya tak boleh nak baca siapa pemiliknya. Ada satu gerai yang saya yakin kepunyaan orang kita...gerai nasi padang. Pemiliknya bernama Fatimah. Sempat juga bertanya serba sedikit. Kami pun makanlah lauk-lauk kampung....telur dadar, nangka, rebung dan ikan. Makan nasi campur. Tapi kenapa kami tak boleh habiskan makanan kegemaran kami tu?.......

Sembahyang magrib di sini. Surau ok tapi pengguna suka tinggalkan tisu merata-rata...bersepah-sepah. Sementara menunggu mereka kami meninjau kedai kat situ, Masuk kedai buku dll. Di kedai coklat ada coklat Danson keluaran bumiputra. Beralamat di Kota Damansara(dekat rumah Ummi Humaira). Saya dah tengok promasinya di tv...penampilannya menarik sekali. Ada macam-macam corak. Danson hanya boleh didapati di airport sahaja.
Lama juga menunggu mereka. Salah seorang ahli rombongan cik kiah ni adalah jiran mak saya. Keluarga kami memang amat rapat. Cik Kintan, nama panggilan jiran mak saya ni menganggap kami macam anak-anaknya. Jam 10.30 malam baru rombongan Cik Kiah sampai. Alhamdulillah. Tu dia Cik Kintan ditemani Nora, Timbalan Pendakwa..Rupanya mereka boarding pukul 12.30 malam!
Kalau dulu rombongan Cik Kiah hanya buat lawatan ke Kuala Lumpur .Sekarang ni dah naik taraf pergi ke merata dunia. Moga selamat pergi dan selamat kembali. Amin.

5 comments:

aznaz said...

salam from makkah..


kalau makan tak abih tuh sure tak sedaplah agaknyer...
peberet cl nasi padang jugak...hehheeh



waslam

atuk said...

Assalamualaikum Mama ju

teringat nasi padang kat Jakarta

nak talipun anak di Jakarta le
rindu pulak

Wassalam

Unknown said...

salam kak Ju..

he he he nasi padang tu mana la sama dgn selera tekak org M'sia ...

hah coklat danson KD , terkedu ummi , pasai tak pernah tahu plak ler .. tak pa tak pa nanti ajak cik abg pusing2 cari tang mana depa dok proses buat coklat tu ...

مسافر اسلام said...

Salam mama ju..salam ziarah..biasanya kalau tak habis tu, tak sedap kan. Mama ju ada beli coklat tak...murah ke tak?

Akhirnya sampai juga rombongan tu..berapa ramai semuanya..

Anonymous said...

salam mama ju , dah lama tak tinggal jejak,jadi silent reader je hehe..tak habis makan..samada dah kenyang /lauk tak sedap n menepati lidah kita..