Friday, January 29, 2010

BILA HELI TERBANG.....

Anak peminat heli dan KT

Dia ada KT yang dicipta sendiri. Peralatannya banyak!

Malam tadi 28hb.Januari,2010 genap 28 hari bercuti adik saya Md. Amin berangkat ke Dubai dengan Emirates. Biasalah dia akan park motor di rumah saya.
Petang sebelum berangkat kami ramai-ramai ke Desa Melium, dekat rumah je..tengok anak-anak muda bermain...Bangunan tinggi tu apartment Desa Melium , sebelah tu LP 8 rumah CL!

Baru hari ni saya tahu ada pot untuk main helicopter dan kapalterbang....

Amin baru berjinak-jinak kat sini. Masing-masing tunjuk bakat. Yang kurang mahir boleh belajar dari yang pakar!

Saya kagum betul tengok diaorang main kapalterbang..laju dan sangat tinggi!
Kapalterbang agak murah tapi transmitternya seribu lebih...
Helicopter pulak memang mahal, untuk dua heli Amin dah habis empat ribu!

Amin dan isteri di rumah.


Ini heli pertama, dah berlanggar dengan tiang lampu!
Rasanya sekarang ni Amin sedang meneruskan perjalanan ke Lagos, Nigeria sebelum menaiki helicopter sebenar 200 batu nortika di lautan Nigeria.
Selamat menjalankan tugas...

5 comments:

ummi humaira said...

salam mama ju..
lepas ni , ajak le cik abang , pusing2 dgn motor tu .

Atikah said...

Salam mama...

Kalau dah minat tu mama, pejam mata sikit pasal kosnya... hehehe...

pak long said...

salam...
sempoinyer...

mama ju, said...

UMMI dan Atiqah..

Terimakasih ke sini.SERONOKkan kalau kita jumpa lagi..Kalau dah hobi apapun sanggup....macam atiqah...beli camera mahal!

مسافر_اسلام said...

salam ziarah,
teringin juga nak ada heli sendiri, yang besar pun tak mampu ini kan yang kecil. Jadi diam dan lihat pun cukup puas dah. Di kawasan MI ada juga org main kapal terbang. di sini kawasan lapang.

Oh ya soalan mamaju di shoutbox MI tu dah jawab.

Syukran.