Monday, June 24, 2013

FLORIA 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar) ; cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu, mereka tidak diganggu. Dan( ingatlah ) Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.'
(maksud ayat 59 surah Al Azhaab Juz 22)

Dalam jerebu Pesta Floria 2013 dilancarkan di Precint 2, Putrajaya bermula 22/6/13 - 30/6/13.
Sasaran pengunjung 1 iuta orang.
Kami parkir di sini.
Pakai mask walau tak selesa.
Rombongan Di raja dari Negeri Sembilan baru saja melalui jalan ini sewaktu kami sampai..

Pemandangan pertama.
 Kosong...
Pemandangan kedua.
Meriah dengan belon.
Tema keseluruhan   bunga orkid. Pengemar mestilah suka.
Saya lebih suka pokok-pokok hijau.
Lenggang.
Kanak-kanak tiada langsung...mereka mematuhi arahan !
Tan Sri Lim Kok Weng dan Pengerusi Putrajaya Tan Sri Mat Aseh.
Di dalam dewan.
Berbagai kategori dipertandingkan. Ini 'Gold'

Ini 'Gold'

Panda ini boleh memusing-musingkan kepalanya.
Penuh kekwa satu badan!



Hiasan tepi tingkap dapur.
Pagar ni pun cantik.


Orang rumput.



Taman dari Majlis Perbandaran.
Saya rasa macam ada kurang, dahulu banyak Taman dari negeri-negeri.











Taman ros.

Taman Di Raja.
Di dalam Taman Di Raja.



Ilham dari pada pereka.
Taman daripada sekolah pun ada.

Yang kecil pokok Akar Dani, yang besar pokok Kesidang.
Kami tak membeli apa pun.

Kami hanya melihat-lihat kecantikan, kehebatan taman-taman buatan, melihat kebesaran  kurniaan Allah.


Alhamdulillah.

TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH
TAAT IBU AYAH.



4 comments:

Dr K said...

mesti banyak khasiat akar dani tu kan...mahal harganya...:) Saya tak pasti nak pergi ke tidak Floria ni...anak2 saya kecik lagi..dgn jerebu nya...huhuh

Ayah Zain said...

sampai bila ni mamaju

Hjh Noralenna Abbas said...

Kesian pada cik orkid dan rakan-rakannya yang lain.Nampak macam paksarela aje mempamerkan diri! Si Panda tu geleng-geleng kepala tanda tak setuju 'datang' ke Flora Fest tahun ini. Pening kepala aku, agaknya kata dia.

Dr Singa said...

oh..
baru saya tau bunga-bunga merah tu nama pokoknya akar dani!!