'Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin?..'
(maksud ayat 20 surah Luqman Juz 21)
Bulan penuh
Kredit gambar : Fatimah Ulfa Adnan
Jam - 11.30 malam 23/6/13
KUALA LUMPUR – Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan esok, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).
Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.
“Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer,” katanya.
Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.
Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer. – Bernama
Jerebu. Gambar - Ahad 22/6/13 jam 3.30 petang |
Amirah pulang semula ke rumah menangguhkan kelas dari Maahad Hamidiah..
Gambar petang 23/6/13.
Nabil pun menangguhkan pembelajarannya di UITM Melaka.
Tetapi Farah dengan lima bas penuntut IPG masih terus dengan program khidmat masyarakat di Sabak Bernam.
Moga sama-sama kita berdoa negara cerah kembali. Amin.
Hari ini Nisfu Shabaan.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH
TAAT IBU AYAH.
3 comments:
Bila Allah turunkan ujian sebagai peringatan moga kita makin dekat denganNya Kak Ju.
Malam tadi walau jerebu memang nampak bulan yg besar kan..
wahh...
dapat jugak tangkap bulan itu!!!
:)
Assalamualaikum Mama
jalan lengang pagi tadi sebab sekolah cuti
Post a Comment