Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
|
Ini di hadapan Pasar Besar Khadijah, Kota Bharu Kelantan. Ramai betul orang luar mengunjungi pasar ini.
Pasar ini nama asalnya Pasar Besar Buluh Kubu. |
|
Ditukar nama kepada Pasar Siti Khadijah bagi menghargai kaum wanita yang mendominasi pasar ini.
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu. (petikan Laman Web Kelantan.gov.my.) |
|
Di hadapan pasar. |
|
Gajus Siam yang popular di sini. |
|
Serunding ikan, ayam dan daging. |
Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi. Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.
|
Ada kain sutera, batek, telekung dan baju-baju. |
|
Tingkat bawah sekali. |
|
Semua ada Jawi. |
|
Keluar pasar. |
|
Mereka riadah di pagi Ahad. Alhamdulillah. -
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH TAAT IBU AYAH,
SEBARKAN SALAM DAN SEMARAKKAN AMAL. |
5 comments:
Pasar Besar Siti Khadijah yang mengujakan. :)
Pakcik tu tengah solat ke?
Kanak-kanak ribena dalam gambar tu sukanya dapat aiskrim!!!
Masa mula baca come tu kakak ingat bahasa inggeris dtg macam tak kena pulak ayatnya baru faham comel hihi...
Assalammualaikom wbt ummi...
ana tak pernah sampai lagi pasar ni...
Post a Comment