Wednesday, December 31, 2014

MAISARAH LIYANA - SELAMAT HARI LAHIR.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW.

Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).
(Qaaf 50:1

Moga Maisarah jadi anak  soleh yang membahagiakan ibu bapa. Mendengar kata dan rajin belajar. Buat perkara yang diperintah Allah. Berbahagialah dunia akhirat.

Hehe sempat lagi Maisarah meniru gaya cikgu marah...
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
(Qaaf 50:19)

DOAKAN MAMA SEKELUARGA JUGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.

No comments: