Wednesday, November 26, 2014

MAHA 2014.(2)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat
pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang
diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah
Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami !
janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya
memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (2:286) 
MAHA lagi. Ini jualan dari Felda Saji. Menarik sungguh!
(Iaitu) orang-orang Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya
Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari
azab neraka"; (3:16) 
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku!
kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau
sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (3:38) 
Dan tidaklah ada Yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa
Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan
Kami Yang melampau Dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami
(dalam perjuangan); dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum Yang
kafir. (3:147) 
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran Yang diturunkan kepada Rasulullah
(Muhammad, s.a.w), Engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan
apa Yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil
mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, Kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab
suci Al-Quran), oleh itu Tetapkanlah Kami bersama-sama orang-orang Yang menjadi
saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (5: 83) 
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada
sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di
antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri
kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (6: 162-163) 
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri,
dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi". (7:23) 
Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan)
berkata: "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan Kami bersama orang-orang
Yang zalim". (7: 47) 
Taman yang penuh dengan pokok herba dan sayur!
Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi
saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang
Maha Mengasihani dari Segala Yang lain Mengasihani". (7:151) 
Sambung lagi dengan kunjungan ke 2 di MAHA insya Allah.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH

3 comments:

Dr Singa said...

salam mamaju
nampak sangat panas di sana!!

saya tak pernah pergi lagi MAHA ni!!

Kakcik Seroja said...

Asslamualaikum Mama Ju...

kakcik pun tak sampai lagi ke MAHA ni malaupun tahun ini suami bertugas di sana mengikut giliran...

Kucing pun mahal! :)

Sabariah ( Sapt ) said...

Akak nk save satu gambar boleh??kalau boleh t.kasih sgt2..lawa gamba akak ambik ni