Monday, November 24, 2014

MAHA 2014

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasululllah Saw.

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW  maksudnya Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "


MAHA sedang berlangsung di Mardi, Selangor, bermula 20 hingga 30hb ini. Berbagai aktiviti, ada yang berkisar tentang pertanian, perternakan, jentera, teknologi baru dll.
Rasanya sehari tidak cukup untuk meninjau semua itu.
Hari pertama saya meninjau laman sayur, laman florikultur, pavilion negeri dan melihat  seketika pameran di dewan.
Sambung lagi insya Allah.

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda maksudnya: " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

SEBARKAN SENYUM  SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

hijau mata tengok sayur-sayuran dan buah-buahan nie..

Najib Ariyan Ali Basha said...

untuk yg ada tanah atau suka bercucuk tanam... ke MAHA ni lah yg best sebab boleh cari baka2 terbaik, mendapat tanah untuk tanaman terbaik, baja yg balik dan boleh terus tengok hasil yg orang lain pernah dapat kat situ (tetiba teringin nak bela angsa ngan ayam belanda)