Saturday, October 11, 2014

TAMU DARI BRUNEI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maga Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW.
'Barang siapa yang beriman kepada Allah Swt dan hari akhirat, maka berkatalah baik-baik atau diam sahaja. Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat hendaklah memuliakan jirannya. Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat hendaklah memuliakan tamunya.'
terjemahan hadis Muslim.

Alhamdulillah teman saya Hjh June dari Brunei tiba.
Dari Klia kami singgah ke gerai Cendul Bakar. Sekarang kiri kanan jalan ada gerai ini. Pertama kali singgah.
Ada pelbagai rasa. Ia di namakan cendul bakar kerana gula merahnya dibakar!

Ini tambah durian dan pulut. 
Rasa...mmmm. Alhamdulillah tapi gula merah tu tak terasa .....
Makan tengah hari di sebelah pejabat PM di Putrajaya.
Hmm berselera juga. Makan nasi biasa lauk ayam, ikan bakar dll.

Esoknya ke Alamanda, makan-makan. Eh ada gerai udang galah. Saiz XXL pin ada.
Kami bawa ke taman Precint 11.
Taman ni memang sentiasa cantik.
Moga ukhwah berpanjangan.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar 
Rasulullah SAW bersabda: 
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang 
aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang 
terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka 
terhadap Nabi-nabi mereka. 
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. 

Alhamdulillah.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH SAW

2 comments:

kaknor tmj said...

alhamdulillah ukhuwah antara dua sahabat malaysia dan brunei bertambah erat. ini kali kedua sahabat dr brunei itu bertamu di rumah ju kan

kaknor tmj said...

alhamdulillah ukhuwah antara dua sahabat malaysia dan brunei bertambah erat. ini kali kedua sahabat dr brunei itu bertamu di rumah ju kan