Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Selawat dam Salam buat Junjungan Rasulullah SAW.
|
Pokok biasa-biasa saja. Bersama Nabil mengalihkan pergola dan letak pokok . Saya tak berapa pandai nak beza pokok lidah ayam dengan pokok Siam lily. Saya panggil pokok yang berjuntaian tu pokok spider saja. |
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
|
Suami mengait buah mangga water lily di luar rumah. |
|
Pokok cili kembali segar. Daunnya cantik setelah di'kurung'. |
|
Berbunga cantik tapi ini rumput! |
|
Pokok ulam jenerah sudah naik |
|
Kesidang berbunga lagi, |
|
Saya terpaksa mematikan pokok Thunbergia Laulifloria untuk membaiki atap wakaf. |
|
Ros jepun mengelilingi pokok mangga. Macam tak berapa kenalah.. |
|
Ficus Pumila atau Ara Jalar
Alhamdulillah itu saja cerita Republik saya hari ini. Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda maksudnya : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. ~ Riwayat Muslim
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH. |
1 comment:
Pokok rumput yg berbunga tu kalau masuk pasu pun jadi cantik Kak Ju. Bunganya cantik macam orkid.
Post a Comment