Friday, September 5, 2014

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selamat dan Salam buat junjungan Rasullullah SAW.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(terjemahan Al-Kahfi 18:7)

Saya mengabadikan gambar-gambar ini jam 10.15 pagi.
 Ini pokok lemon yang suami saya tanam di dalam pasu.Baru belajar berbuah.

" Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
(terjemahan Al-Kahfi 18:14
Limau kasturi pun berbuah dengan banyaknya.

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
( terjemahan Al-Kahfi 18:23)

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(terjemahan Al-Kahfi 18:24
Ini pokok THUNBERGIA LAURIFOLIA . Dah naik ke atas wakaf. Nak buang sayang....Bunganya sangat lebat.
Binatang ini sangat suka bunga ni. Ia akan meninggalkan lubang pada bunga. Ia juga suka hinggap di buah. Buah akan gugur.. 
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
( terjemahan Al-Kahfi 18:28)
 Pokok QUISQUALIS INDICA. Saya panggil Akar Dani atau Ranggon Crepper

" katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
(terjemahan Al-Kahfi 18:29
Tiba-tiba saya teringat untuk melihat-lihat pokok ini, Rupa-rupanya ia berbunga lebat di luar pagar!
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
(terjemahan Al-Kahfi 18:30)


"Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
(terjemahan Al-Kahfi 18:31)

Alhamdulilllah.
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CNTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Lemon tu yg best. Kalau dah kuning cuit sikit kulit dia pun aroma dia aduhai fresh sangat. Kakak suka.

Pokok bunga akar dani kan kalau dicantas pun akan lebih meriah Kak Ju.

Unknown said...

Cantik2 bunga di laman mamaju..kalau berbudi pada tanah insyallah pasti ada hasilnya..