Sunday, September 7, 2014

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat junjungan Rasulullah SAW.

Ustaz Jamiluddin sedang melihat-lihat pokok-pokok yang ada.
-
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
( terjemahan Al-Kahfi 18:7
Ada ular kecil di atas rumput. Tak pasti hidup atau mati. Saya ambil gambar dan tutup dengan batu bata, takut nak usik...
Alhamdulillah dapat merasa buah jambu tanpa biji.
Semut suka bersarang di bawah buah jambu ni.
Daun jambu pun berpenyakit....
Ada 5, 6 batang pokok longan yang telah di tot. Semua telah di tempah oleh saudara di kampung.
Pokok apa ntah saya letak sebelah pintu utama.
Rumput. Ramai yang kata pokok ini boleh dimakan. Belum cuba lagi.....
Rosemary.
Suami saya sedang mengalihkan pokok rosemary. Dah ada 3 pasu dah...
Avocado. Cadang nak tanam di kebun...
Saya teringin nak mengalihkan pokok helikornia ini ke pasu, tapi akarnya bersambung-sambung.
Keembung merah dan unggu.
Pucuk manis ada sebatang dua.
Hingga akhir hayat ia berkorban.
Ciku. Nampaknya pokok-pokok banyak yang berpenyakit. 
Kucai yang panjang hayatnya.
Bawang besar.
Air mata pengantin galak berbunga.
Akar Dani terus berbunga.
Delima
Limau nipis.
Hari ini saya menarik pasu pokok kemboja ini. Saya letak di depan pintu utama juga.
Alhamdulillah.

Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
( terjemahan Al-Kahfi 18:30)

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH

3 comments:

Mak Wan said...

Assalamualaikum mamaju
Banyak tanaman d kawasan rumah....bebaloi ddk d ptra jaya
Lebih seronok lg dapat tukar hiasan yg dirasakn lbh meriah utk letak d depan ruang utama lnskap..saya pun suka alih2 pasu...sakit2 lutut n pinggang

mamawana said...

Assalamualaikum MamaJu

Indah, sejuk mata memandang lagi damai dihati merenung kehijauan kebun

Dr Singa said...

ulat benah tu susah nak hilangkan kan..?
saya spray dengan air sabun..