Friday, September 12, 2014

JOM MENEBAS.....

Denagan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW.

Lama betul kami tak singgah ke sini.........
Tanah di belakang sudah ada rumah!
-

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda maksudnya : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Suami saya semakin selesa dengan mesin pemotong rumpu...

Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda maksunya : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”

 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu’an:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Bersama-sama ikut pekerja menebas semak samun.
Saya pun buat juga tau....pengalaman pertama.

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
( terjemahan Al-Kahfi 18:2
Batang-batang pokok yang kami ttetak.
-
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:3
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
(Al-Kahfi 18:23)
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(Al-Kahfi 18:24)
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
(Al-Kahfi 18:30)
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
(Al-Kahfi 18:31)
Pertama kali makan nasi tumpang. Tinggi sekali...
Macam nasi impit yang dibuat ala gunung di tengahnya ada lauk udang dan di hujungnya ada serunding.
Sangat sedap!
Meronda mencari makanan tadi.
Alhamdulillah.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
( Terjemahan Al-Kahfi 18:46) |

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Nabil betul ke pandai nak menebas tu? Macam tak percaya aje hihi...

Ini kat kampung mana ni Kak Ju?

afeezz said...

assalamualaikum mama

nak buat kebun ke tanah yang ditebas tu?