Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi Muhamad SAW.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi Muhamad SAW.
Hampir seminggu beraya. Kami pun sudah pulang ke kota. Alhamdulillah.
Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Mujaadalah 58:6) |
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Mujaadalah 58:7) |
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).
Kedua-duanya makcik sepupu saya!
Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
(Al-Mujaadalah 58:10) |
Adik saya, emak dan keluarganya.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(Al-Mujaadalah 58:11) |
Adik bungsu suami dan keluarga.
|
Bunga kertas di rumah emak. |
Emak pegang monopod! |
Bersama adik beradik berkunjung ke lapan rumah saudara di raya pertama. Ini rumah pertama. |
Sehari sebelum raya.
Orang lelaki sibuk dengan ketupat dan ketupat palas.
Alhamdulillah menjadi.
-
Kami mohon keampunanMu Ya Allah.
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM SEBARKAN KASIH SAYANG.
3 comments:
Assalamualaikum,
Raya yg indah. Salam Idilfitri. Ada buat Open house ker? Mamawana Nak dtg beraya nih..ngeeee...
salam syawal mamaju. colourful sungguh raya kat kampung kan....
Salam aidilfitri mamaju...
Hari ni ada call rumah mamaju..igt nak datang beraya...tapi tak berangkat..hihihih
Maaf zahir batin ya...
Maafkan segala kesilapan saya..fiza...
Post a Comment