Saturday, July 26, 2014

RAYA DAN SALAM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam Buat junjungan Rasulllah SAW

Insyallah dua hari lagi kita akan menyambut hari raya 2014.

Raya-raya juga salam-salam juga.

Kita perhatikan senarai ahli keluarga yang bukan muhram, bermakna kita tidak patut bersalam dengan mereka. Kadang-kadang kita terlupa, nampak  macam boleh salam  tetapi mengikut hukum rupanya tidak boleh.

Lelaki:
1- Isteri kepada adik beradik bapa.
2- Isteri kepada adik beradik emak.
3- Adik beradik perempuan bapa mertua.
4- Adik beradik perempuan emak mertua.
5- Anak perempuan adik beradik isteri.
6- Kakak ipar.
7- Adik ipar perempuan.
8- Sepupu perempuan
9- Sepupu Ayah ( Perempuan)
10-Sepupu Emak (Perempuan)

Perempuan:
1- Suami kepada adik beradik bapa.
2- Suami kepada adik beradik emak.
3-Adik beradik emak mertua.
4-Anak lelaki adik beradik suami.
5- Adik beradik lelaki bapa mertua.
6- Abang ipar.
7- Adik ipar lelaki.
8-Sepupu lelaki
9- Sepupu Ayah (lelaki)
10-Sepupu Emak.


Moga bermanfaat.
Selamat hari raya, maaf zahir batin.




SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM SEBARKAN KASIH SAYANG.












2 comments:

model tas baru said...

syukron jazakallah khoirn katsiro

Kakzakie said...

Salam lebaran dan maaf zahir batin kak Ju. Memang betul kalau yg tak sekolah agama atau belajar mereka tak faham... moga boleh dimanfaatkan..