Wednesday, June 11, 2014

JOM, MAKAN SAMBAL KERANG SEDAP HINGGA MENJILAT JARI Di SG LURUS, SENGGARANG,,,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasullah saw.


" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "
-
Alhamdulillah, Allah masih memberi nafas...kali ini ke Sg. Lurus, Senggarang. Dikhabarkan sambal kerang di gerai pertama di situ sangat sedap.... Jom kita cuba. Sg Lurus tak jauh dari pekan kami, Rengit, tetapi ia di kawasan Senggarang.
Waktu malam suasana di sini agak nyaman. Terdengar desiran angin dan kocakan air. Gerai di atas air.
Kami bermula dengan memesan dua mangkuk sambal kerang yang dimakan begitu saja.
Ternyata memang sedap! sambalnya manis. Tengok Arif yang kecil ini pun boleh habis semangkuk!
Kerang diperolehi dari Tampok atau sekitarnya. Hari biasa dalam 40 kilo dan hari minggu 70 kilo.
Selain kerang mereka menjual makanan lain juga.
Itu gambar tuan punya kedai.
Kerang dijual dengan RM 5 semangkuk. Dari 2 mangkuk kami minta tambah 2 mangkuk lagi. Harga  memang berpatutan.
Cubalah.
-
Tutup pada hari Rabu.

-
Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW  maksudnya: " Sebaik-baik Islam sesaorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. "

Sebarkan senyum sebarkan salam
Cinta Allah Cinta Rasulullah.




4 comments:

Daddy Ziyyad said...

Hmmm...boleh saya consider ke sini Mamaju..kalau saya balik JB...menyimpang sikit ke sini...hihih

makcikkantin said...

Di sini bila waktu puasa, ada satu gerai kat parit buntar....jual kerang rebus ja....start dari pukul 9 Mlm Sampai la abt 3 pagi kalu tak silap..selalu lepas tarawih ramaiiiii..mck pernah pergi sekali ja..

afeezz said...

bole la singgah nnt kalau smpi ke johor

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah di Rengit ada pokok letrik! Hebar Rengit. Saya juga suka makan kerang rebus cicah air lada kicap. Tapi tak boleh selalu...jaga kolestrol!