Thursday, June 12, 2014

ANAK JEPUN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah saw.

Ya Allah, terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Kamulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Saya suka suasana tenang macam ini. 
 Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.
(maksud surah al Baqarah ayat 201)
Isnin lalu bawa anak-anak ke Kampong Jepun di Bukit Tinggi.
-
'Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang kafir'
(maksud ayat al Baqarah ayat 250)
'Ampunilah kami ya Tuhan dan kepada Kamulah tempat kembali.'
Walau berkali mendaki ke sini tetapi inilah pertama kali bergaya dengan pakaian Jepun. RM 20 satu sesi.
-
'Ya Tuhan kami, janganlah Kamu hukum kami jika kami lupa atau kami salah..'
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka
(maksud ayat 16 surah A Li Imran)
Amirah dan cikgu Radhiah.

'Ya Tuhanku, berilah aku daripada sisi engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.'
(maksud ayat38 surah A Li Imran)
Sesi pakai baju.Ada tali-tali yang mengikat di dada. Macam tak boleh bernafas...
Persekitaran yang cantik.
 3 anak dara.
Ya Tuhan kami,kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, kerana itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)
(maksud ayat 53 surah A Li Imran)
Tumpang lalu...
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
(maksud ayat 147 surah A Li Imran)
Ya Allah, tiadalah Engkau menciptakan ini sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.
(maksud ayat 191 surah A Li Imraan)
Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang yang rugi.
(maksud ayat 23 surah Al A'raf)
Ya Tuhan kami, Janganlah Egkau tempatkan kami bersama orang yang zalim itu.
(maksud ayat 47 surah Al A'raf)
Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu)
(maksud ayat 126 surah Al A'raf)
Moga anak-anak gembira.
-
Matikan aku dalam keadaan islam dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh.
(maksud ayat 101surah Yusuf.

-
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CNTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

SALAM NISFU SHA'BAN

3 comments:

Nani said...

bestnya pemandangan di sini...saya tak pernah sampai lagi...

al-lavendari said...

Amiin. Lucu juga tengok pakaian kimono digayakan dengan kasut sukan tu.

Naramas Aman said...

Anggunnya anak gadis Melayu pakai kimono.