Thursday, May 1, 2014

PROF KAMIL, ROZA DLL DI PESTA BUKU PWTC 2014

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Alhamdulillah Pesta Buku terbesar  2014 datang lagi di PWTC.
Dengan izinNya saya dapat berkunjung lagi ke sini bersama anak-anak dan suami.
Kali ini agak mudah untuk meninjau buku-buku kerana mereka di tempatkan di dewan-dewan yang berbeza, Ada banyak tempat.


" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. 
Antara buku yang dibeli. Sebahagiannya pesanan dari Puan Muslimah.
 " Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "
Adik saya Md Razi pun memesan majalah lama dari Telaga Biru. Beliau mendengar ceamah ustaz " Belilah majalah untuk diletakkan di masjid, klinik untuk bacaan orang ramai..."
Majalah lama berharga hanya RM 2 senaskah!

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya.

Setiap tingkat ada tempat menjamu selera. Jadi senang nak berlama-lama di sini.
Harga berpatutan. Air RM 3, nasi lemak RM3, mi RM5, ais krim RM 2 .

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.
Akhirnya bertemu juga saya dengan Puan Roza!
Ketika itu Prof Kamil dan beliau sedang meninjau -ninjau gerai Galeri Ilmu.
Hai, Prof Kamil.
Bual-bual seketika sebelum dikejar peminat lain.
Tiba-tiba Prof kata " Ayah yang berkerusi roda tu dah meninggalkan"
Terkenang kembali, kami memang bawa ayah ke majlis Prof Kamil.

Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata maksudnya : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. "
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW  maksudnya: Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.
Bagusnya bos kat belakang tu, masukkan tiap buku saya dengan penanda buku..
Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW  maksudnya: ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.'
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "
Dari sini Roza mengajak ke ruang yang disediakan.


Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW  maksudnya: " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "
Moga terjalinlah ukwah. Insyallah.
Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.'

Selain makan minun, tempat solat juga selesa. Hari biasa , ini tempat solat lelaki. Tempat solat lelaki dianjakkan hingga ke pejalan kaki. Sembahyang jemaah pun ramai.

Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. "

Karangkraf menyediakan pakaian Korea untuk dicuba dan anak-anak muda dari Korea!
Ada buku korea yang diterjemah juga.

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya  maksudnya: " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus



Jumpa juga Chef tersohor ni.
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '
Cigku Mas, kawan blogger.
Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW maksudnya : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' 
Chef Wan pun ada, Bagi membeli buk beliau boleh bergambar dan dapatkan tanda tangan.
Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW maksudnya : Ya. "


Orang terakhir saya temui. Ustaz Zahazan dari Telaga Biru .Masa ni hampir jam 7 petang

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. .
Saya suka ruangan Sofa Putih di Institut Terjemahan (walau pun tidak berkesempatan mengikuti perbincangan)

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda  maksudnya: " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.

-
Kami akhiri Pesta Buku dengan sembahyang  maghrib berjemaah di sana.

Hampir jam 10 malam baru tiba di kediaman kami! ( selalunya setengah jam )

Alhamdulillah.


Pesta Buku akan diteruskan hingga 4 Mei ini.

SEBARKAN SENYAM SEBARKAN SALAM
SEBARKAN KASIH SAYANG.


2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Ju....Apa khabar?

kaknor tmj said...

Salam Ju, seronoknya kak baca cerita Ju di Pesta Buku, Ju dpt berjumpa dgn Prof Kamil dan Roza. kak nak cari jg buku2 terbaru mereka