Tuesday, April 29, 2014

UNIK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah bersabda maksud " Siapa yang membaca sepuluh ayat, ayat surah al Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi"
(Riwayat Tabrani dan Hakim)
Unik - Pintu masuk butik .
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
(maksud surah An-Nuur 24:19)

Unik. Kedai makan.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).
(maksud surah An-Nuur 24:20)

 Unik. Kedai pakaian.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
(maksud surah An-Nuur 24:21)
 Unik. Kedai apa ntah....

 Unik. Kedai makan.

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(maksud surah An-Nuur 24:22)

 Ni, tak taulah unik ke tidak...setiap kedai bergaya dengan cara tersendiri.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
(maksud surah An-Nuur 24:27)

Alhamdulillah.


SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

2 comments:

Kakzakie said...

Masing-masing kena kreatif baru menjadi. Memang unik kelihatan sebab tempatnya menarik tapi ala-ala macam reka-cipta masa dulu-dulu...

afeezz said...

kat mane ni?