Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah saw.
'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang akan menyusahkannya.) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya.
Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya, Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.'
(maksud ayat 2,3 surah aT Talak)
Tebu ni hanya serumpun, tapi menjadi sangat. Siapa teringin jom... |
Akar Dani mula berbunga kembali. |
Letaknya di tepi pagar. |
Walau sepokok, kedondong ini terus berbakti tidak henti-henti. |
Rumpun kucai pun tahan lama, berpuluh kali di potong ,ia masih lagi berbakti. |
Mangga baru berbunga. |
Kelapa nan sebatang. Saya baru menanam pokok hiasan di kelilingnya. |
Limau nipis. |
Pokok yang baru saya tanam. |
Saya cantas pandan , tinggal yang anak-anak sahaja. |
Peria yang dah tua. Tak sampai hati nak membuangnya. Ia masih berbuah. Tengok pagar saya dah retak! - Alhamdulillah. 'Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh disediakan bagi mereka SYURGA-SYURGA FIRDAUS sebagai tempat tetamu ( yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya dengan tidak ingin berpindah darinya. (maksud ayat 107,108 surah Al Kahfi) SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH. Sahabat Rasulullah saw. AMMAR BIN YASIR Keluarga Yasir diseksa dan dibunuh. Rasulullah saw mendoakan keluarga Yasir ditempatkan di Jannah Allah. Rasulullah saw sering melawat tempat di mana Ammar dan keluarganya diseksa dan mendoakan kebaikan. Ammar sering dipuji oleh Rasulullah saw kerana kecekalan dan ketabahannya menanggung seksaan. Berperang bersama Rasulullah saw dalam perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk. Malah selepas kewafatan Rasulullah saw pun, Ammar teus menyertai peperangan. Al Fatihah. |
3 comments:
Salam mamaju...taman hijau di tengah kota....makcik tak lah rajin cam mama :)
Dato' Abdulllah bersedekah seperti yg kita lihat di depan Masjidilharam. Banyak burung merpati makan makanan yg ditabur. Agaknya berpuluh-puluh kilo sehari ada sahja yg menabur. Tapi memang seronok dpt buat macm tu Kak Ju..
Binatang dan unggas pun mendoakan juga Kak Ju.
Seronok bila kita ada masa untuk menghayati kehijauan alam dirumah sendiri. Mengumpul pahala dalam diam atas tanam-tanaman kita.
Post a Comment